Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kenyataan Webmaster Ke-3

Assalamualaikum wbt;

Selamat menyambut bulan yang mulia, semoga bulan ini memberikan keberkatan kepada kita semua.

Setiap yang bermula pasti akan berakhir. PM kita yang dah 'berkulat' pun telah meninggalkan kepimpinan negara. Saya juga akan mengikuti jejaknya dan akan meninggalkan laman ini sedikit demi sedikit.

Kekangan tugas saya sebagai seorang pegawai kerajaan, mula terasa begitu hebat pada 29 Julai 2003. Saya telah menyampaikan hasrat untuk berhenti seketika dalam arena siber ini kepada Ketua Lajnah IT yang baru pada pertengahan bulan julai yang lalu.

Oleh kerana tidak ada di antara AJK lajnah yang sanggup untuk mengambil tugas sebagai webmaster sepenuhnya, ketua lajnah meminta saya membantu sehingga ada seorang individu yang yang layak menjadi "orang maya".

Saya menunggu dan terus menunggu dalam tanda tanya, ada ke orang yang sanggup mengorbankan sebahagian besar masanya untuk ber'isteri'kan dengan laman ini.

Dalam masa keseksaan menunggu ini, saya menerima banyak panggilan telefon, email hatta ada yang berjumpa bertanyakan tentang laman ini yang terlalu kerap tidak dikemas kini.

Demi untuk tidak menghampakan sebahagian daripada 7,000 pengunjung tetap laman ini, saya menghabiskan cuti-cuti dan masa free saya untuk mengemas kini laman untuk memastikan perjuangan di alam siber terus berkekalan dalam suasana laman-laman refeomasi kian lesu dengan pelbagi masalah yang saya rasa sama juga dihadapi oleh kami.

Al hamdulillah, pada awal November ini muncul insan muda, yang masih kurang tanggungjawabnya telah sanggu untuk mengambil alih tanggungjawab yang berat ini. Walaupun beliau ini bukanlah orang mempunyai aliran yang sesuai dengan pengurusan web, tetapi saya rasa kesungguhannya cukup memberikan keyakinan saya untuk meninggalkan tugas ini.

Memang untuk menjadi webmaster, seseorang itu bukan sahaja perlu ada ilmu IT, tetapi dia juga perlu tahu uslud dakwah disamping mahir dalam perang saraf bijak dalam ilmu mantik.

Saya mengharapkan masa-masa perjalanan dalam mengemas kini laman akan mengajar beliau untuk mendalam ilmu saraf dan mampu untuk melemahkan musuh-musuh.

Tegurlah beliau supaya beliau mampu mempertahankan laman ini.

Saya memohon maaf kepada semua pengunjung jika ada tersalah dalam mengendalikan laman ini dan jika ada email tak terbalas harap janganlah kecil hati kerana bagi saya membalas email suatu yang terlalu berat.

Tok Penghulu
7 November 2003
12 Ramadan 1424






___________________________
Terbitan : 7 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)