Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

USTAZ SHAMSURI AL KANDARI

Dulu sewaktu zaman kanak kanak aku masih ingat lagi kalau berjalan di bandaraya Georgtown di bulan ramadhan ni banyaklah gerai gerai makan mamak yang dibuka di lorong lorong bertiraikan kain selimut. Disebaliknya terdapatlah lelaki yang datang bulan sedang menjamu selera. Diwaktu itu jarang sangat terdapat gerai gerai menjual makanan secara terbuka. Lagipun waktu itu belum ada lagi Restoran Nasi Kandar seperti sekarang ni, kalau ada pun Gerai Kassim Nasi Kandar di celah celah KOMTAR. Tapi kini kalau datang ke Pulau Pinang mahupun seberang Perai sudah tidah menjadi masalah lagi kepada mereka mereka yang datang haid di bulan Ramdhan ini. Golongan ini tak perlu lagi untuk mencari makanan di lorong lorong sunyi kerana restoran restoran nasi kandar ada di mana mana sahaja. Sudah tentulah restoran nasi kandar yang paling popular ialah Nasi Kandar Pelita Samudera yang Bossnya Al Fadzil Ustaz hj Shamsuri Al Kandari. Mungkin ramailah anak muridnya akan melenting bila Tuan guru mereka ini disentuh. Bagi mereka Ustaz Shamsuri al Kandari adalah maksum. Semua yang Ustaz Shamsuri buat ada dalilnya. Sewaktu Ustaz Shamsuri berkempen untuk ugama UMNO dalam pilihanraya kecil Idera kayangan Perlis tempoh hari pun anak muridnya tetap mempertahankan beliau.

Aku pun masih ingat bagaimana Ustaz Shamsuri Hj Ahmad (Ulama Nasi Kandar Tersohor di Pulau Pinang) menghentam gerai gerai yang dibuka pada bulan ramadhan sewaktu mengikuti kuliahnya satu waktu waktu dahulu. Rupa rupanya ramai yang tertipu dengan putar belit Ustaz al Kandari ini. Ustaz marahkan orang yang menjual makanan di bulan puasa. Katanya pernah satu hari dia masuk hutan getah di Pokok Sena Tasek Gelugor untuk saksikan sendiri bagaimana orang yang tidak berpuasa menjual dan membeli makanan di situ. Marah betul Ustas Shamsuri Al Kandari waktu itu, tapi masa telah mengubah segalanya. Ustaz Shamsuri Al Kandari kini menjadi agen pada mereka yang tidak berpuasa di bulan ramdhan ini. Setelah berhenti Kolej Matrikkulasi Pulau Pinang (KMPP) beliau terus memegang jawatan pengerusi Nasi Kandar Pelita Samudera SDN BHD. Ustaz Shamsuri Al Kandari yang kini berangan angan untuk menjadi Yang Berhormat dalam pilihan raya akan datang ini telah hanyut dengan kemewahan dunia. Kalau dulu hanya tinggal dirumah teres Taman Sepadu Tasek Gelugor kini bersenang lenang di Banglo di Taman yang sama. Tak kisah le dia nak kaya ke apa ke , cumanya aku nak orang tahu terutamanya anak muridnya bahawa Ustaz Nasi Kandar ni hipokrit. Lain yang dia cakap lain pula yang dia buat.

Dulu Ustaz Shamsuri Al Kandari benci orang hisap rokok tapi kini dia yang menjadi penjual rokok. Dulu Ustaz Shamsuri Al Kandari marahkan orang tak berpuasa tapi kini dia yang menjual nasi kepada orang yang tak berpuasa. Apa dah jadi dengan Ustaz ni. Memang patut pun dia masuk UMNO. Mungkin dalam ajaran ugama UMNO membolehkan beliau berbuat demikian.

Kesian betul pada anak muridnya yang ternganga mulut dengaq dia berbohong di masjid masjid. Aku nasihatkan pada anak muridnya yang selalu kena tipu tu berhentilah mengaji kat Ustaz Nasi Kandar ni. Kalau nak belajar juga Tanyalah dia 2 soalan.

Apa hukum menjual makanan di bulan ramadhan 24 jam sehari kepada umat Islam. Apa sudah jadi dengan hukum haram merokok. Adakah Ustaz Shamsuri Al Kandari sudah bertemu dalil yang membolehkan wajib merokok.

Yang pentingnya semua peminatnya tahu yang Ustaz Shamsuri al Kandari itu UMNO. Berbangsa UMNO dan berugamakan UMNO. Baru baru ini Ustaz Shamsuri berceramah di masjid Kepala batas bersama 2 orang lagi penceramah berbangsa UMNO iaitu Rahib besar gereja Malaysia Ustaz Firdaus Ismail dan pengerusi Biro Penerangan parti kapir UMNO Kepala Batas Ustaz Sahabudin tukang kasut. 25 oktober yang lalu pula Ustaz shamsuri Al Kandari berceramah kepada imam imam masjid seberang perai di auditorium perpustakaan negeri Pulau Pinang seberang Jaya dengan menceritakan yang Malaysia adalah negara Islam.

Shamsuri, Shamsuri awat hang jadi macam tu haaaaa

Apa pun TAHNIAH kepada Ustaz Shamsuri Al kandari kerana menjadi pelopor menjual makanan secara terbuka di bulan ramadhan. Tahniah juga kepada anak muridnya yang bergurukan seorang Ulama Nasi Kandar.

UNICORN
survivalunicorn@yahoo.com



___________________________
Terbitan : 20 November 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)