SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Buat Si Songkok TinggiNampaknya terdapat beberapa orang telah menegur tentang cara penulisan saudara. Bagi saya, cara penulisan dan gaya bahasa adalah pendekatan seseorang individu dalam menyampaikan sesuatu maklumat.. Bagi saya, siapalah kita untuk menegur orang yang tidak punya kuasa sama seperti kita untuk merubah suasana sedangkan bapak menteri di atas senang-senang sahaja meliwat bahasa kita sendiri. Oleh itu, daripada kita menegur orang yang tak punya kuasa, lebih baik kita tingkatkan usaha untuk memastikan bahawa golongan yang ingin mermartabatkan bahasa itu berjaya dalam peilihanraya yang akan datang. Cuma buat Si Songkok Tinggi, saya mengharapkan belas kasihan saudara untuk mempermudahkan sedikit tulisan saudara kerana saya adalah seorang yang cacat penglihatan yang menggunakan perisian suara untuk kerja-kerja di komputer dan juga melayari internet untuk membaca artikel-artikel termasuklah artikel saudara. Penggunaan bahasa saudara agak menyukarkan perisian suara saya untuk membacanya sehinggakan saya terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk meneliti maklumat yang hendak disampaikan oleh saudara. Sekian, (saya yang cacat penglihatan)
Diterbitkan oleh : |