SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Diberhentikan kerjaHanya meminta pandangan dan nasihat. Adik saya telah bekerja disalah sebuah kilang pada tahun Nov 94 dan beliau telah diberhentikan kerja diatas sebab-sebab yang tidak munasabah pada Ogos 1998. 1. Surat "Suspend From Work" bertarikh 18/8/98. Adik saya tidak faham bahasa Inggeris. Beliau telah didakwa cuba melengah-lengahkan kerja ( tuduhan pertama ). Kerja Beliau sebagai store hand. Bila beliau hantar barang kebahagian production, beliau meminta line leader yang bertugas pada masa itu menurukan tandatangan tetapi ia ( line leader tersebut ) menuyuruh adik saya tunggu. Apakah itu dinamakan melengah-lengahkan kerja. Tuduhan Kedua. usik pekerja perempuan. Salahkah kalau adik saya tanya waktu pada salah seorang pekerja perempuan disitu. Pada 24hb Ogos 1998. Adik saya tidak dibenarkan masuk kekawasan kilang ( tunggu dalam "Guard House ) tanpa membuat apa soaljawab, langsung diberi gaji (VOUCHER NO pc125/8/98) dan disuruh balik tanpa apa-apa surat. 2. Saya telah pejabat buruh pada hari berikutnya. Tetapi pejabat buruh tidak dapat menyelesaikan masaalah tersebut. Mereka telah merujuk kami ke Jabatan Perhubungan Perusahaan. Satelah laporan dan aduan dibuat, baru surat perberhentian kerja dibuat satelah pegawai tersebut menalipon pihak kilang. Begitu juga dengan surat minit soalsiasat pada 24/8/98. Walau bagaimana pun kilang tersebut telah pun ditutup. Pihak kami tidak menerima apa-apa berita sebelum kilang tersebut tidak beroperasi. Mereka ada menyuarakan untuk selesaikan kes 9/4-180/99 diluar Mahkamah dengan membayar 3 tiga bulan gaji sahaja. Apakah ini patut. Wang saraan untuk peguam pun tak lepas. Satelah sekian lama menunggu tuntutan pampasan yang telah dikemukan sebelum menutup kilang tersebut. Tolonglah cik/Encik.___________________________ Terbitan : 20 Disember 2003
Diterbitkan oleh : |