SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Peringatan buat Saudara AJ dan YUS dan mereka mereka yang sewaktu dengan nya.Saya telah baca tuduhan melulu saudara tentang usaha tabligh dengan merujuk kepada web site yang tidak sahih serta pengalaman saudara yang tak seberapa. Rujuk lah kepada ulama muktabar , bukan ulama dunia, rujuklah kepada majlis fatwa, rujuklah kepada Quran dan HAdis mengenai tanggung jawab kita sebagai umat nabi,mengenai tabligh adalah salah satu sifat kerja nabi SAW. Janganlah saudara kerana lihat berapa orang yang tak betul pembawaan nya dan pernah ikut macam saudara dulu yang penuh dengan kekurangan ilmu terus buat konklusi untuk menyebarkan fitnah tentang sesatnya usaha ini dan sebagai nya. Siapalah saudara yang berani menabur kata fitnah sedemikian. Tanyalah Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi Awang siapa Allhyarham Maulana Zakakarya Rah. seorang muhadisin yang menulis kitab Kelebihan Amal, Kelebihan solat,Kelbihan tablig,kelebihan zikir,kelebihan Ramadan,kelebihan Quran,Kelebihan Haji,Kelebihan Sedeqah, Himpunan kisah-Kisah kisah para sahabat Nabi saw ( untuk motivasi dan contoh teladan ) yakni himpunan rujukan ringkasan dari 84 buah kitab kitab rujukan yang saya akan kemukakan kemudian hari. Sudahkah saudara baca kitab Memperkenalakn Siasah Islam ( Al eti'dal fi Maratibul Rijal ) jawapan Maulana Zakariya terhadap solan soalan murid muridnya ? . Kalau belum jangan tuduh pakai borong sembarangan. Sudahkah saudara baca Kitab Muntakhhab Hadith karangan Maulana Yusoh Rah? Baca lah dulu dan bincanglah dengan ustaz yang paling saudara percaya dimana sesatnya usaha ini. Selepas saudara habis baca saya harap lah tulisan yang membina dan saling hurmat diatas usaha saudara saudara yang seagama. Jangan mengeji borong semua. Mungkin disisi Allah mereka yang betul betul ikhlas lebih taqwa dari saudara. "Wahai Orang orang yang beriman bertagwalah kamu kepada Allah,berkatalah kamu perkataan yang benar, Allahlah yang akan mengislahkan kamu dan amalan kamu". "Sampaikan kamu dari aku walaupun kamu tahu satu ayat". Kitab kitab rujukan ini saudara boleh dapati di kedai kedai buku di Premis Masjid Jamek BB Sri Petaling,KL. Sekali sekala datanglah solat jumaat di sini dan dengarlah kutbah dan jangan lena kalau tak setuju boleh jumpa ramai maulana disini dan tanya dari hati kehati. solat terawih disini setiap malam Alhamdullilah di imami oleh ustaz ustaz hafiz Alquran.Ramai juga pelajar2 hafiz di jemput setiap malam untuk mengimami solat teraweh sekitar KL dan Selangor. Sekian terima kasih.Maaf zahir batin kalau ada terkasar bahasa kerana kelemahan saya dan tidak sengaja. Saya pun masih belajar. ajie ___________________________ Terbitan : 2 Disember 2003
Diterbitkan oleh : |