Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Nostalgia Noh Omar di Pulau Carey

Saudara/saudari yang dihormati,

Satu pagi minggu yang sudah, saya singgah sebentar ke sebuah warung di Kuala Langat dalam perjalanan ke Morib. Enak sungguh, makan roti canai sambil cicah kari ikan seketul. Di meja sebelah dok rancak bercerita fasal politik tanah air. Tiga orang bercerita fasal Hj. Hadi Awang, pemimpin PAS yang dah berkahwin 3. Macam-macam mereka dok cerita.

Tiba-tiba, saya terdengar salah seorang daripada mereka berteriak,"Tok Batin!!! how are you?!" Tok Batin jawab, baik dan tak berapa baik katanya. Baik sebab aku dapat belanja. Tak baik fasal anak buah aku - seorang wanita berumur 27 tahun adalah anak luar nikah. Sekarang ni dia tengah mencari siapa bapa kandungnya. Ada orang beritahu bapanya bernama Noh. Noh Bin Omar. Mengikut cerita, bapanya pernah mengajar di Sek. Keb. Pulau Carey dalam tahun '74 dan '75. Pada masa tu, Noh telah berkenalan dengan emak budak ni. Bila emak budak ni bunting, Noh pun angkat kaki, menghilang entah kemana sampailah sekarang. Saya rasa kami kenal orang ni, kata salah seorang dari mereka. Kalaulah Noh Omar,tiada orang lain di Selangor ni. Saya tahu, dia pernah mengajar di Pulau Carey. Tapi itu dulu, sekarang ni dia dah jadi orang besar, bergelar Datuk. Ahli parlimen Tanjung Karang dan setiausaha Parlimen di JPM. Apa JPM?, tanya seorang lagi. JPM mana lagi - Jabatan Perdana Menterilah!

Kalau macam ni....malulah Pak Lah!!! Dalam diam, orang dia buat hal. Macam mana nak bertanding kali ni. Ada hati nak melawan PAS pulak tuu!!! Teruk, memang teruk gamaknya. Habislah BN!!! Tok Batin kenal ke dia?! Tak! Habis macam mana tu? Tok Batin tu ada cakap, nanti saya bincang dengan budak tu. "Tok Batin! Lapor pada Polis aja, biar mereka saja yang siasat" . Telinga saya naik kematu mendengarnya, jijik dengan cerita Noh ni. Cakap lain, buatnya lain. Apalagi, lepas tu saya pun terus BLAH!!!

Catatan oleh : Amar Wong



___________________________
Terbitan : 25 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)