Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

RE: FIKRAH AL MAHDI USTAZ HADI PERLU DIPERBETULKAN

"Artikel ini bertujuan untuk menjernihkan kembali pandangan ummah mengenai Al Mahdi serta menolak fikrah Al-Mahdi oleh Ustaz Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sepertimana yang disiarkan dalam web http://www.ummahonline.cjb.net/ "

Apa maksud pihak saudara apabila menyiarkan artikel "Fikrah Al Mahdi Ustaz Hadi Perlu Diperbetulkan" ?

Sebagai webmaster, pihak saudara perlu berhati-hati dalam menyiarkan artikel terutama yang berkait rapat dengan agam Islam ? Tidak perlukan saudara bertanya mengenai latarbelakang penulis artikel berkenaan dari sudut pengajian agama dan kepakaran bahasa arabnya ? Secara tidak sengaja, dengan tersiarnya artikel yang menyangkal pandangan Ustaz Hadi, membuat para pembaca artikel tersebut menjadi keliru? Kalau beliau berani, mengapa tidak diperjelaskan identiti beliau sendiri ? Bukan maksudnya pandangan Ustaz Hadi tidak boleh dipertikaikan, tapi tengoklah ketokohan dan keilmuan Ustaz Hadi ! Tak payahlah pembaca lain hendak mengiyakan kononnya pandangan Ustza Hadi sama dengan ilmu yang beliau pelajari. Cerminlah diri dulu !!!!Satu lagi saya nak tanya, berapa kali dikalangan kita yang bermimpi berjumpa nabi semasa dalam tidur ? Setakat ni, yang saya tahu hanya Ustaz Nik Abd. Aziz, Ustaz Harun Din dan Ustaz Hadi sahaja yang saya dengar (mungkin ada juga orang lain) Apa ?? mimpi-mimpi ni boleh buat-buat ke ?

Kalau ilmu agama tidak seberapa, tak usah la hendak berhujah dengan orang yang lebih alim agamanya. Kalau sekadar dapat Ijazah (3-4 tahun pengajian), dalam apa bidang agama, masih sedikit ilmu Islamnya. Contohnya amat senang, kalau saudara dapat ijazah perubatan dalam bidang otopedik, anda boleh operate jantung ke ? Kalau bidang mekanikal, boleh buat kereta atau sistem hawa dingin ke ? Inikan pulak ilmu Islam yang banyak cabangnya...dengan ilmu hadisnya, bahasa arabnya, usuluddin, tasawuf dsb. Sedarlah sikit.....

wassalam.
Angela Al-Kelantani.



___________________________
Terbitan : 31 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)