Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Laporan Polis Kedua Dibuat Terhadap Ketua Airod

Naib Presiden Keadilan, Sivarasa Rasiah, dengan ditemani beberapa pimpinan parti termasuk Dr. Syed Husin Ali, Tian Chua, Faizal Sanusi dan Badrul Hisham Shaharin membuat laporan polis kedua terhadap Presiden Airod, Ahmad Johan. Laporan tersebut dibuat di balai polis Bukit Aman semalam.

Laporan ini dibuat berikutan laporan pertama pada bulan Jun lepas.

Antara perkara yang didedahkan Sivarasa termasuklah pembayaran RM 100, 000 kepada Abdullah Ahmad, seorang pegawai tentera bersara - yang berpadanan dengan cek yang ditulis Abdullah sendiri; RM 100, 000 kepada pengurus kanan Airod sebagai sebahagian daripada bayaran RM 665, 000 untuk kemajuan pemasaran gear box utama; dan sebuah memo yang tidak disahkan tetapi mempunyai lambang Kementerian Pertahanan dan meminta bayaran RM 8, 000 untuk membekalkan buah kurma kepada bahagian-bahagian UMNO di Johor.

Sivarasa mendesak siasatan menyeluruh dilakukan atas sebab Airod mengurus kontrak Kementerian Pertahanan dan juga secara tidak langsung dimiliki Khazanah Nasional. Disamping itu, Menteri Kewangan Kedua, Jamaluddin Jarjis juga salah seorang pengarah Airod.



___________________________
Terbitan : 19 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)