KENYATAAN MEDIA
ANGKATAN MUDA keADILAN
19 DISEMBER 2003
TARIK SEMULA IKLAN LUCAH YANG MEMALUKAN NEGARA
Menatap Iklan Proton dalam sebuah majalah luar antarabangsa yang diterbitkan di Australia cukup memalukan. Iklan tersebut merupakan iklan lucah yang memalukan seluruh rakyat Malaysia.
Sebagai sebuah syarikat yang menggambarkan Malaysia secara langsung Proton perlu bersikap lebih sensitif. Tidak perlu rasanya menggambarkan pasangan sedang mengadakan hubungan seks dalam kenderaan di tepi pantai untuk menggambarkan keselesaan kenderaan keluaran Proton.
Apakah pertimbangan komersil melebihi segala-galanya sehingga sanggup menggadai maruah dan kehormatan negara ini?
Iklan itu amat tidak sesuai dengan budaya sebenar negara tetapi sebaliknya apa pandangan mereka masyarakat negara lain yang melihat iklan begitu untuk sebuah kereta Malaysia, kemungkinan mereka akan memikirkan itulah budaya yang ada di negara ini.
Angkatan Muda menuntut pihak kerajaan supaya mendesak proton agar
- menarik semula dan menghentikan penyiaran iklan tersebut.
- proton perlu memberikan penjelasan bagaimana iklan yang memalukan itu boleh disiarkan ?
- tidak mengulangi kesilapan yang sama.
BADRUL HISHAM SHAHARIN
KETUA PENERANGAN
ANGKATAN MUDA keADILan
___________________________
Terbitan : 20 Disember 2003
Ke atas
Home