SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Askar AS bunuh enam lagi budakKABUL: Tentera Amerika Syarikat (AS) mengaku, serangannya ke atas lokasi Taliban dan al-Qaeda di wilayah Paktia menyebabkan enam lagi kanak-kanak Afghanistan terbunuh, selepas serangan pertama di Ghazni yang membunuh sembilan kanak-kanak, Sabtu lalu. Ini menjadikan 15 kanak-kanak Afghanistan terbunuh dalam tempoh kurang seminggu, menyebabkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Presiden Hamid Karzai mengemukakan bantahan kepada AS. Kematian mereka menjejaskan kempen tentera AS di Afghanistan yang sudah tercemar teruk sejak pembunuhan 48 penduduk tempatan oleh jet pejuangnya pada satu majlis kahwin pada Julai 2002. Leftenan Kolonel Bryan Hilferty, mendakwa pesawat dan askar AS yang memburu militan Taliban dikenali sebagai Mullah Jilani, diserang ketika mara ke sebuah lokasi 20 kilometer ke timur ibu kota Paktia, Gardez. “Kami menemui mayat dua orang dewasa dan enam kanak-kanak di bawah runtuhan tembok (selepas kejadian). Saya tidak tahu punca tembok itu runtuh kerana beberapa letupan turut berlaku dalam lokasi serangan ketika pertempuran meletus,” katanya kepada wartawan di sini. Beliau tidak mendedahkan identiti dua mangsa dewasa, tetapi mengakui Jilani tidak ditemui di tempat kejadian. Bagaimanapun sembilan orang yang disyaki militan ditahan dan banyak bekalan peluru dirampas, menyusuli operasi Avalanche di timur dan selatan Afghanistan, minggu lalu. Sekalipun dibantah PBB dan Karzai, Setiausaha Pertahanan AS, Donald Rumsfeld, ketika diminta penjelasan dalam taklimat di Pentagon, mempertahankan serangan itu. “Kami gembira jika dapat menangkap mereka. Kami juga gembira jika mereka menyerah diri dan jika mereka tidak berbuat demikian, kami gembira untuk membunuh mereka. Itulah yang berlaku,” katanya. Dalam serangan di Ghazni, sebuah jet A-10 ‘tankbuster’ melancarkan serangan di perkampungan Petaw, 200 kilometer di barat Kabul. Pengerusi Ketua Turus Tentera Bersama Amerika, Jeneral Richard Myers, mengakui mereka belum pasti sama ada serangan itu membunuh sasaran iaitu Mullah Wazir. Sebaliknya, mayat sembilan kanak-kanak dan seorang lelaki dewasa ditemui di situ. – AFP/AP___________________________ Terbitan : 11 Disember 2003
Diterbitkan oleh : |