Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Ketua Bahagian Menjadi Hantu Raya Dibahagiannya Sendiri.

Daud Tarihep selaku ketua Penaja Umno Bahagian Kuala Selangor memang sudah lama menyimpan angan-angan untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Kalangan ahli politik Umno Selangor rata-rata sudah maklum akan angan-angan Mat Jenin tersebut.

Bekas SU Sulit Kanan Tan Sri Muhammad Rahmat itu,baru saja hidup semula didalam arus politik Kuala Selangor setelah dimatikan oleh Dato Seri Abu Hassan Omar dari tahun 1988-98. Pada pemilihan Umno Bahagian tahun 2000,Daud memenangi jawatan Ketua Bahagian setelah menewaskan Dato Hanafi Sulaiman dan Hj.Jahaya Ibrahim,berikutan keengganan Dato Seri Abu Hassan mempertahankan kerusi yang telah disandangnya hampir 22 tahun.

Selepas menjadi ketua Bahagian Daud gagal menyatu padukan Umno Kuala Selangor disebabkan stail kepimpinannya yang dikatakan sebagai kera mendapat bunga.Sejak itu atas nasihat beberapa orang pembodek setianya,Daud memusuhi semua wakil rakyat Umno di bahagiannya dengan alasan mereka tidak pandai bekerja.

Untuk memperkuatkan kedudukan politiknya,Daud telah bertindak mewujudkan banyak cawangan baru.Tindakan beliau mencetuskan lagi kemarahan dikalangan ketua-ketua cawangan lama yang tidak bersetuju cawangan mereka di pecahkan.

Bukan sahaja wakil rakyat,pemimpin dan ahli Umno bahagian yang dimusuhi,malah peagawai-pegawai kerjaan termasuk PDRM menjadi seteru Daud,kerana katanya mereka enggan berkerjasama dengan beliau.

Nama beliau dikatakan hampir-hampir tidak disenaraikan sebagai Ketua Penaja kalau tidak diselamatkan oleh Tan Sri Mohammad bin Mohd.Taib ,Naib Presiden Umno.

Daud yang mengaku sebagai orang kuat PM Pak Lah kini telah dicalonkan sebagai calon ADUN BN di Dun Bukit Melawati satu kawasan baru berikutan persempadanan semmula kawasan pilihanraya. Orang-orang kuatnya begitu yakin Daud bakal MB Selangor,sedangkan kebanyakan ahli Umno Kuala Selangor menganggap perkara itu tidak mungkin akan berlaku kerana khidmat Dato Seri Khir Toyo masih diperlukan.

Yang menghairankan,kalau Daud konfiden sangat beliau bakal MB,mengapa beliau meminta YB Ustaz Sayuti Said Ahli Parlimen Kuala Selangor,supaya mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Daud.

Apakah Daud akan bertanding kerusi Dun dan Parlimen sekali gus ? Mustahil begitu ! Menurut pendapat sesetengah pihak,Daud pada mulanya memang ghairah untuk bertanding dikerusi Dun kerana menyangkakan Dato Seri Dr Khir akan ditukar ke parlimen tetapi setelah mendapat tahu perkembangan terbaru perkara itu tidak akan berlaku,Daud mula tawar hati.

Beliau memikirkan jika bertanding di Dun, Dr Khir tidak akan melantiknya sebagai Exco.Jawatan wakil rakyat biasa tidak akan menjamin bahawa Hj.Jahaya dan Dato Hanafi tidak akan menentangnya semula untuk jawatan ketua Bahagian pada tahun hadapan.

Namun ada juga pendapat yang mengatakan Daud akan tewas jika bertanding di Dun Bukit Melawati disebabkan stail politiknya yang tidak dapat diterima oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno sendiri.

Bagi menjamin kedudukan politiknya terselamat, Daud telah merubah pendirian untuk bertanding diperingkat parlimen. Dengan andaian bahawa YB Ustaz Sayuti akan mudah tunduk kepada kemahuannya,Daud telah mula memukul gendang kosong bahawa dia kini bakal Menteri atau Timbalan Menteri dibawah kabinet Pak Lah.

Mana satu yang betul ? Sekejap MB,sekejap TM dan Menteri ? Umno Kuala Selangor milik Daud seorang kah ? Pak Lah dan Dato Seri Khir kena tenguk-tenguk `orang tamak` macam ni ! Jangan sampai terlambat,nanti semua rugi.

Hantu raya semacam ini tidak seharusnya disimpan lama-lama,nanti merosakkan parti !

Cikgu Pencen.

..........................................................
Webmaster : Artikal terakhir Sdr Cikgu pencen di laman ini ialah 16 Fenruari 2003

___________________________
Terbitan : 26 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)