Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

DO Kuala Selangor Sedang Menggali Lubang Kubur Sendiri.

Kasihan sungguh kita melihat Tn.Hj.Shamsuddin Hj.Lias,Pegawai Daerah Kuala Selangor yang sedang bermimpi akan menjadi wakil rakyat. Lama sebelum dipindahkan ke Kuala Selangor pada bulan September lalu,beliau telah melakukan kerja-kerja sebagai wakil rakyat BN tidak rasmi di Dun Sungai Burong yang diwakili oleh Dato Hassan Ali,Naib Presiden Pas.

Bukan menjadi rahsia lagi,beliau telah melabur ratusan ribu ringgit di Dun Sungai Burong untuk menarik perhatian pemimpin Umno dan pengundi setempat.Difahamkan pelaburan tersebut berbentuk pemberian projek-projek PLB (Pembangunan Luar Bandar) dibawah bidang kuasanya kepada kontarktor-kontraktor tertentu-kebanyakanya pemimpin Umno.

Dikatakan juga Hj.Shamsuddin mendapat `sponsor` dari beberapa orang ahli perniagaan.Diantaranya Hj.Shafik Omar,pengusaha barangan lusuh (besi buruk) di Subang.

Hj.Shafik yang pernah dipecat daripada Umno satu ketika dulu,kini digelar sebagai `Mursyidul Am Hj.Shamsuddin Lias` oleh kakitangan Pejabat Daerah Kuala Selangor yang mana Shamsuddin menjadi big bossnya.Begitulah intimnya hubungan mereka berdua.

Disamping bertindak sebagai `sponsor utama` Hj.Shafik juga hampir tiap minggu turun dari Shah Alam ke kawasan Dun Sungai Burong untuk melakukan kerja-kerja politik Hj.Shamsuddin.

Pengusaha besi buruk ini juga pernah bersahabat baik dengan YB Dato Noh Omar,SU Parlimen di JPM mkp. Ketua Penaja Umno Bahagian Tanjong Karang. Dun Sungai Burong adalah didalam Parlimen Tanjong Karang.

Menurut Hj.Shafik ,dia pernah bersama-sama Dato Noh membelasah seorang remaja Cina sehingga menyebabkan kematian ketika menuntut di Sekolah Menengah Teknik Kuantan akhir tahun tujuh puluhan.

Seperkara lagi, Hj.Shafik amat dikenali sebagai oportunis. Dia tak ragu-ragu untuk melabur wang ringgit seberapa banyak didalam parti bagi kepentingan dirinya sendiri.Dia juga amat terkenal sebagai pemberi rasuah paling nekad untuk mendapatkan projek –biasanya barangan lusuh dari syarikat dan agensi tertentu – contoh: Kementerian Pertahanan,TNB,Kementerian Pertanian,Telekom dll).

Mungkin Hj Shamsuddin,tidak menerima cukup maklumat;latar belakang `sponsor utamanya` itu. Jika beliau tahu sudah tentu beliau akan menyisihkan diri daripada Hj.Shafik.

Disepanjang penglibatan Hj Shafik sebagai sponsor untuk menaikkan orang-orang tertentu di dalam Umno Kuala Selangor sebelum daripada ini menemui kegagalan.

Bukan setakat orang yang disponsornya gagal,malah Hj Shafik sendiri ditewaskan oleh seorang Pembantu Makmal Estet Sungai Tinggi,En.Rahim Yatim didalam merebut jawatan Naib Ketua Pemuda Umno Bhg.Kuala Selangor pada tahun 1998. Ertinya siapa saja yang disponsor, termasuk Hj.Shafik sendiri belum pernah menempa kejayaan.

DO Kuala Selangor,yang sedang dinyanyikan oleh Hj.Shafik dikhuatiri akan menerima nasib malang sekiranya tidak berhati-hati. Tidak mudah buat DO itu untuk mengetepikan veteran-veteran Umno Tanjong Karang yang sudah lama mengidam jawatan wakil rakyat.

Lagipun pengaruh Hj Shafik di bahagian Tanjong Karang boleh dikatakan hampir tidak ada langsung walau pun rapat dengan Dato Noh Omar. Kelebihan yang ada pada Hj Shafik hanyalah sedikit wang dimilikinya dan kaki temberang.

Ada lebih baiknya Hj Shamsuddin menumpukan tugasannya sebagai Pegawai Daerah Kuala Selangor.Kuala Selangor sendiri satu daerah yang agak bermasalah.Kecurian pasir ditanah kerajaan merupakan salah satu masalah besar yang memerlukan komitmen Hj.Shamsuddin.

Jika masih seronok dengan khayalan untuk menjadi wakil rakyat dengan mengabaikan tugas sebenar; dikhuatiri Hj Shamsuddin kini sedang menggali kuburnya sendiri.Hj.Shafik dan siapa sahaja tukang kipas akan lari jauh-jauh apabila kubur Hj.Shamsuddin sudah siap digali nanti…..

Dolah Dagang.



___________________________
Terbitan : 26 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)