Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Cakap Noh Omar : Senjata makan tuan

Oleh: HANTU RAYA SS.

Noh Omar yang terkenal di kalangan rakan sekolahnya dulu mempunyai perangai samseng dan mulut celupar, sentiasa berbohong dengan dengan rakyat kawasan Tanjong Karang dengan membuat berbagai dakwaan , umpamanya : Pemimpin PAS di Kelantan cuma pandai berjanji dengan rakyat hendak laksanakan hukum cara Islam, tapi sampai hari ini sudah berpuluh tahun memerintah kenapa tak juga laksanakan hukum cara Islam itu ? . Cakap tak serupa bikin !.

Sehubungan itu, pemimpin dan ahli PAS terpaksalah pula menerangkan kepada rakyat bahawa pelaksanakan hukum Islam di Kelantan sebenarnya dihalang oleh kerajaan pusat untuk dilaksanakan. Bukan kerajaan PAS Kelantan tidak mahu melaksanakannya dan bukan menyalahi janji kepada rakyat.

Keadaan ini menyebabkan rakyat yang berada ‘ atas pagar ‘ menjadi semakin keliru. Cakap Noh Omar ke atau cakap pemimpin PAS yang betul ?. Namun kerana Noh Omar bertugas di Jabatan Pendana Menteri, rapat pula dengan pihak pemerintah dan para ulamak UMNO, mereka tentulah lebih ‘ cenderung ‘ memihak dan lebih percaya kepadanya. Bagi mereka cakap-cakap dan dakwaan Noh Omar lebih ‘ ada bokti ‘ dari cakap dan dakwaan pemimpin PAS tersebut.

Namun Allah s.w amat berkuasa dan mahu ‘ mencelikkan mata ‘ kalangan rakyat atas pagar serta pengampu / ahli UMNO bagi memboktikan bahawa cakap dan dakwaan Noh Omar yang sering dikatakannya kepada rakyat kawasan Tanjong Karang masa lalu adalah ‘ bohong dan palsu ‘ , maka ‘ tergeraklah hati ’ seorang pemimpin UMNO di Kelantan untuk menghalang hukum hudud dan qisas Kelantan melalui mahkamah !. Semua media perdana di Malaysia menyiarkan berita tersebut. Semua pengampu UMNO memberikan sokongan supaya hukum hudud dan qisas negeri Kelantan di halang dan wajar dibuat melalui mahkamah. Tapi , kata Nik Aziz Menteri Besar Kelantan: Kalau mereka nak bawa ke mahkamah bermakna mereka hendak tentang dan bicarakan hukum Allah. Sebab dianya berdasarkan hukum yang diambil dari Quran . PAS Cuma hendak laksanakan hukum yang ditetapkan Allah saja.

Nah ! Sekarang cakap siapa yang betul dan ada bokti ?. Terhalangnya pelaksanaan hukum cara Islam di Kelantan adakah disebabkan kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS tidak mengotakan janji dan tidak mampu, atau memang benar kerajaan pusat yang diperintah oleh UMNO tidak membenarkannya kerana bertentangan dengan perlembagaan negara Malaysia seperti yang dijelaskan oleh pemimpin PAS ?.

Bagi mereka yang mempunyai ‘ akal fikiran waras ‘ , wujudnya penentangan dari pemimpin UMNO terhadap hudud dan qisas yang diluluskan oleh kerajaan Kelantan itu adalah menunjukkan sikap dan matlamat sebenar kerajaan pusat yang di perintah oleh UMNO !. Orang tua-tua kata : Bapa borek, anak jadi rintih . Atau dengan kata lain: Keruh air di hulu sungai maka keruhlah juga air di kualanya !. Sekarang rakyat kawasan Tanjong Karang perlu tahu dan yakin bahawa cakap-cakap Noh Omar yang ditaburnya secara sembrono itu adalah cakap orang pembohong dan memalsukan kenyataan sebenar.

Kepada mereka yang berada ‘ atas pagar ‘ serta masih lagi jadi pengampu / ahli UMNO kita mahu bertanya atas sikap ‘ berpesan-pesan dengan kebenaran ‘ : Adakah anda masih mahu menyokong pemimpin yang selalu berbohong dan memalsukan kenyataan begitu ketika pilihanraya nanti ?. Kalau anda tetap kekal selamanya mahu memberikan sokongan kepadanya maka : Biarkan !…..biarkan !….. Biarkanlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya !. Atau meminjam kata-kata ‘ member ‘ Pak Kusrin : KAUS KUWE !.



___________________________
Terbitan : 26 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)