Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

BUKTIKAN AKADEMIK DAN KONVENSYEN ANTIRASUAH BUKAN GIMIK POLITIK.

KENYATAAN MEDIA

BUKTIKAN AKADEMIK DAN KONVENSYEN ANTIRASUAH BUKAN GIMIK POLITIK.

Keputusan kerajaan menandatangani Konvensyen Antirasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bulan ini dan pengumuman penubuhan Akademik Antirasuah serta langkah memperkenalkan semula mata pelajaran sivik di sekolah jelas membuktikan bahawa gejala rasuah di negara ini berada pada tahap yang mencemaskan.

Selain menunggu kesan yang ‘ajaib’ berlaku dengan usaha-usaha terbaru ini, Impak melihat pengumuman dan langkah ini adalah satu gimik politik parti pemerintah menjelang pilihanraya akan datang. Dengan peruntukan awal yang besar sebanyak RM17 juta untuk penubuhan Akademik Antirasuah, kerajaan terlebih dahulu perlu menunjukkan bukti komitmen padu dalam usaha memerangi gejala rasuah, dengan membawa pimpinan utama negara yang pernah didedahkan terlibat dengan rasuah seperti Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato Seri Rafidah Aziz dan bekas ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thambi Chik. Kes ‘high profile’ seperti ini akan menjadi kayu ukur kepada kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap usaha kerajaan memerangi rasuah.

Impak bimbang langkah menandatangani konvensyen ini dan penubuhan Akademik Antirasuah hanya lahir dari tekanan antarabangsa terhadap negara ini, terutama sektor awamnya yang diketahui umum sarat dengan amalan rasuah yang turut melibatkan kelompok ekskutif (Mentari dan ahli politik). Tindakan terbaru ini adalah satu usaha memenanagi hati rakyat dan pelabur yang semakin rimas dengan malan rasuah yang berleluasa dalam semua sektor di negara ini. Hal ini telah terbukti berlaku apabila kerajaan dilihat terpaksa menubuhkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akibat tekanan antarabangsa ekoran prestasi hak asasi manusia yang semakin buruk dalam negara ini.. Suhakam akhirnya tidak membawa sebarang makna kepada prestasi hak asasi manusia di Malaysia, apabila kerajaan sendiri menolak keputusan, cadangan dan permintaan Suhakam.

Menandatangani Konvensyen Antirasuah PBB dan penubuhan akademik tersebut juga tidak akan membawa sebarang makna sekiranya kerajaan terus menghalang penguatkuasaan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) seperti yang dapat disaksikan dalam kes yang didedahkan oleh bekas Ketua Pengarah BPR melalui kenyataan bersumpahnya dalam perbicaraan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan tersebut mendedahkan bahawa Perdana Menteri pada waktu itu menghalang beliau menjalankan siasatan terhadap bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ali Abul Hasan yang disyaki melakukan rasuah walaupun BPR mempunyai mempunyai asas yang kukuh untuk melakukan siasatan.

Persidangan Parlimen baru-baru ini pula telah mendedahkan bahawa kerajaan Switzerland bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya berkaitan siasatan kes Perwaja, namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan dilaporkan berkaitan kes tersebut, sedangkan alasan kerjasama ini diulang-ulang oleh kerajaan sebelum ini sebagai penghalang siasatan tersebut. Ini bermakna, kerjasama antarabangsa yang diharapkan melalui Konvensyen Antirasuah PBB belum dapat menjamin kejayaan kerajaan memerangi rasuah sekiranya tiada ketelusan dan kesungguhan.

Impak menggesa Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi membuktikan komitmen beliau membanteras rasuah dengan terlebih dahulu membersihkan Kementerian Dalam Negeri dan agensi-agensi di bawahnya yang diketahu umum paling banyak terlibat dengan rasuah melibatkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan lain-lain. Di mana pula peranan PM sebelum ini sebagai Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri dalam melaksanakan usaha-usaha membanteras rasuah. Kenapa perlu menunggu sehingga gejala ini sudah begitu kritikal dan genting. Inilah membuktikan bahawa usaha terbaru kerajaan ini adalah satu gimik politik.

Impak menyeru kerajaan mengambil pengajaran terhadap pendedahan Presiden Ketelusan Antarabangsa Vanuatu, Marie-Noelle Ferrieux Patterson yang menyatakan kita mungkin tidak mempunyai kuasa untuk mengubah tabiat manusia, tetapi kita berpeluang peluang mengubah cara negara ditadbir dan tingkah laku pemimpinnya, Saranan beliau bahawa penubuhan Ombudsman (Hisbah) adalah penting perlu diambil kira. Fungsi dan tanggungjawab yang dimainkan oleh Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong juga boleh dicontohi, dengan mewujudkan badan seumpama itu yang dianggotai anggota pelbagai lapisan masyarakat.dalam usaha membanteras rasuah habis-habisan.

Impak berpendapat, usaha memerangi rasuah habis-habisan akan lebih berkesan apabila kerajaan bersedia memberikan ruang yang lebih luas kepada BPR berfungsi, dan rakyat dibenarkan menyoal dan mendapat jawapan terhadap semua kegiatan pihak perancang dan pelaksana dasar perkhidmatan maupun pembangunan, baik diperingkat mana sekalipun, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. Janganlah usaha-usaha ini nanti menempa nasib seperti slogan “Bersih, Cekap’Amanah” yang diterapkan dalam agensi-agensi kerajaan selama 22 tahun, namun akhirnya masyarakat masih berhadapan dengan gejala rasuah yang semakin parah di kalangan penjawat awam dan kelompok eksekutif. Bahkan, sebahagian besar merek ini berkesempatan mengikuti mata pelajaran sivik sewaktu di bangku sekolah dahulu. Adakah mata pelajaran ini masih berkesan untuk mencegah barah yang semakin mewabak ini?

HJ MAHFUZ HJ OMAR
PENGERUSI IMPAK



___________________________
Terbitan : 11 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)