SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Akhirnya Umno Mengakui Mahathir Memang `Taik `Dikalangan pemimpin Umno, DS Adnan Yaakub MB Pahang,bolehlah diibaratkan sebagai `samseng taik minyak`.Peristiwa beliau menunjukkan isyarat lucah kepada ribuan para penyokong BA ketika penamaan calon pilihanraya kecil DUN Sanggang masih segar didalam memori rakyat jelata. Kecaman beliau kepada ADUN BA semasa menggulung usul penghargaan kepada bekas PM Tun Mahathir dan tahniah kepada DS Abdullah Ahmad Badawi diatas perlantikannya sebagai PM ke 5,jelas mempamirkan kerendahan akhlak MB samseng itu. Adnan menyifatkan sokongan BA di persidangan Dun Pahang terhadap usul tersebut umpama `bungkusan gula-gula mengandungi tahi`. Kebiadapan Adnan itu semata-mata untuk melepaskan geram apabila Ketua Pembangkang Dun Pahang YB Ustazd Idris Omar menggariskan enam kegagalan Mahathir dalam bidang ekonomi,politik,pendidikan dan agama disepanjang 22 tahun pemerintahannya. Kegagalan tersebut langsung tidak disentuh oleh Adnan ketika membentangkan usul berkenaan. Ertinya Ustaz Idris hanya bertindak sebagai pelengkap disamping ingin menyampaikan mesej agar pemimpin lain tidak mengulangi kesilapan penzalim tua itu. Adnan sepertimana para pembodek yang lain,menganggap Mahathir maha sempurna dari sebarang kelemahan,apa-apa langkah yang dikira cuba mencacatkan kesempurnaan bekas bosnya itu wajib dikutuk habis-habisan. Barangkali diantara amalan wirid harian Adnan : “ Mahasuci Mahathir dari sebarang kelemahan .” Jika tidak ! masakan `samseng taik minyak` Umno itu begitu menyinga apabila Paduka Tun `dihina`. Apa pun , cercaan beliau yang menyifatkan sokongan wakil BA terhadap usul diatas sebagai `bungkusan gula-gula mengandungi tahi`,tanpa disedarinya memperakui `ketaikkan ` Mahathir. Tahi siapa yang dibalut dengan bungkusan gula-gula itu jika bukan tahi Mahathir ! Kebenaran maksud novel Shit karya Sasterawan Negara mkp Ahli Parlimen Sik, Dato Shahnon Ahmad serta jolokan sTK (si Kepala Taik) bertahun lamanya sebelum dinaikkan taraf TKT (Tun Kepala Taik) kepada Mahathir oleh para penulis siber,akhirnya diakui oleh Umno. Syabbas dan tahniah DS Adnan Yaakub ! Mulai saat ini rakyat jelata tidak perlu lagi membuang masa `mentaikkan` Mahathir kerana Umno sendiri sedang menghebahkannya. Inderaloka.___________________________ Terbitan : 31 Disember 2003
Diterbitkan oleh : |