SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun MEMBALAS DENDAM TERHADAP BANTAHAN IKLAN ARAK GUNA ADUN PANDANPada 22 Disember 2003, PAS Kawasan Pandan telah mendedahkan dan membantah tindakan menggunakan nama ADUN UMNO Pandan, YB Dato' Mad Aris Mad Yusof, bersama dengan promosi untuk menjual arak. Terdapat satu iklan arak pada kain rentang Majlis Perasmian "food court" di Lembah Maju yang akan dilakukan oleh Dato' Mad Aris pada 24 Disember 2003. ( gambar bawah ). Adalah tidak wajar arak yang diharamkan oleh agama Islam seolah-olah mendapat "endorsement" dari seorang ADUN yang beragama Islam. Akibat dari tekanan dari PAS maka pada 23 Disember, iklan arak itu telah dibuang dari kain rentang tersebut. Pihak kami bersyukur kepada Allah SWT kerana pihak-pihak yang bertanggung-jawab akhirnya dapat menerima pandangan kami dan menyangka isu ini berkahir di situ sahaja. Tetapi sangkaan kami kurang tepat kerana pada lebih kurang jam 9.30 malam di hari yang sama 25 hingga 30 orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) telah turun ke Kg. Cheras Baru untuk merampas bendera-bendera PAS yang dipasang di sana. Tindakan MPAJ ini adalah amat luarbiasa kerana selalunya tindakan merampas bendera dan kain rentang parti-parti Barisan Alternatif dilakukan pada waktu pejabat. Walau bagaimanapun kali ini MPAJ turun dengan tergesa-gesa di luar waktu pejabat. Oleh itu amatlah payah untuk mempercayai bahawa rampasan bendera-bendera PAS itu tidak ada kaitan langsung dengan bantahan PAS terhadap kain rentang Dato' Mad Aris. Kami yakin masyarakat di Pandan dapat menilai keadaan yang sebenar dan sudah tentu dapat menafsirkan bahawa tindakan MPAJ ini merupakan tindakan membalas dendam oleh pihak yang marah atau malu dengan bantahan yang dibuat oleh PAS terhadap kain rentang tersebut. Jika tidak sudah tentu MPAJ boleh menunggu sehingga waktu pejabat untuk membuat rampasan kerana ianya bukanlah sesuatu yang perlu disegerakan. Bendera-bendera tersebut tidak membahayakan sesiapa. Ianya hanyalah mengancam "survival" UMNO dan Barisan Nasional di kawasan Parlimen Pandan. Di sini pihak kami mengecam tindakan MPAJ yang membazirkan wang rakyat. Operasi malam itu sudah tentunya memakan belanja yang tinggi kerana melibat kerja-kerja lebih-masa atau "overtime". Bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk kepentingan penduduk tempatan seperti membersihkan longkang-longkang yang tersumbat atau membaikpulih peralatan-peralatan di padang-padang permainan ? Setelah dilanda kontroversi sedikit masa dulu, MPAJ sepatutnya sudah sedar akan peranan mereka sebagai sebuah penguasa tempatan. MPAJ tidak sepatutnya terus menjadi "kuda tunggangan" UMNO dan Barisan Nasional. Kejadian di Kg. Cheras Baru ini telah mencabar kredibiliti Yang Di Pertua MPAJ, En. Ramli Mahmud. Di manakah maruah dan harga diri beliau sekiranya boleh disuruh-suruh oleh UMNO dan Barisan Nasional ? Kepada Dato' Mad Aris dan UMNO, kami berharap mereka akan lebih "gentlemen" di dalam menghadapi PAS. Kami berharap mereka akan lebih bertamaddun di dalam tindak-tanduk mereka, sesuai dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen yang wujud di negara kita ini. ISKANDAR ABDUL SAMADYANG DI PERTUA PAS KAWASAN PANDAN 24 DISEMBER 2003 ___________________________ Terbitan : 26 Disember 2003
Diterbitkan oleh : |