Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

ROMBONGAN RASUAH PILIHANRAYA FATAH ISKANDAR (ADUN SIJANGKANG)

Baru-baru ini, satu rombongan dua buah bas dari Sijangkang ke Melaka dengan salah satu tempat singgahnya di Nilai 3. Penumpang dua buah bas berkenaan terdiri dari orang-orang tua lelaki dan wanita yang lanjut usia. Kebanyakkan mereka berketurunan Jawa.

Rombongan berkenaan ditaja sepenuhnya oleh Yang Berhormat Abdul Fatah Iskandar, ADUN Sijangkang. Disamping tambang percuma, orang-orang tua pula diberikan sepuluh ringgit sebagai wang saku. Antara tempat lawatan ialah di Taman-taman rekreasi dan tempat suka ria di sekitar Melaka. Dua wak beritahu, wang sepuluh ringgit tidak mencukupi untuk menampung makan tengahari dan bayaran tiket masuk ke taman-taman di Melaka. Disamping itu, harga segelas minuman pun mahal sehingga lebih seringgit. Mereka terpaksa menahan lapar sehingga sampai di Nilai 3 barulah mereka dapat makan, iaitu makan malam.

Yang menariknya, wak-wak yang menyertai rombongan berkenaan memang amat sedar bahawa rombongan itu ialah untuk merasuah mereka supaya mengundi Fatah atau UMNO(baru) dalam pilihanraya akan datang. Kata wak-wak itu lagi, rombongan free dengan duit poket sepuluh ringgit bukan taruhan untuk mereka tukar sokongan kepada UMNO(baru). Wak-wak itu pula merasa amat kecewa itu cara Fatah dan UMNO(baru) menjalankan aktiviti politik murahan mereka sedangkan menaja rombongan seperti itu adalah dilarang di dalam UMNO(baru). Namun, kemarahan mereka memuncak apabila mereka merasakan Yang Berhormat Fatah menilai harga maruah mereka sangat rendah dengan hanya wang sepuluh ringgit dan rombongan makan angin free .



___________________________
Terbitan : 12 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)