SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Untuk Renungan Rakyat Malaysia.Assalamualaikum wbt. Perhatikan kenyataan-kenyataan Pengarah Siasatan BPR Datuk Nordin Ismail dibawah ini. Cuba fikirkan apa yang dimaksudkan disebalik kenyataan-kenyataan ini....... " BPR tidak akan bertolak ansur lagi dalam mendapatkan keterangan saksi terutama dalam kes membabitkan menteri bagi membantu siasatan ". Rupa-rupanya selama ini golongan yang bergelar Menteri mendapat perlindungan secara total dari BPR. Patutlah berberapa kes rasuah yang melibatkan Menteri tidak sampai kemana. Contoh Menteri yang terlibat rasuah : Mahathir Mohamad, Rafidah Aziz, Rahim Tambi Chik, Annuar Musa, Khalil Yaakob dan banyak lagi menteri yang sewaktu dengannya. ``Sekiranya ada mana-mana pihak mempunyai harta atau kewangan yang melebihi pendapatan daripada yang sewajarnya mereka peroleh, BPR boleh siasat". Kenapa tidak siasat Rahim Tamby Chik ? Wang dan hartanya jauh melebihi gaji yang diperolehi sebagai Ketua Menteri Melaka. Buka balik fail siasatan terhadapnya. Kalau nak meletup lagi cuba siasat dan selidik wang dan harta Mahathir Mohamad. Itu pun kalau Datuk beranilah. Maklumlah ikan bilis bolehlah tunjuk lagak, kalau kena ikan jerung jangan Datuk. Silap-silap bersepai kena balik. Tak berasap dapur. Kan berkhidmat untuk Menteri bukan berkhidmat untuk negara. " Selama ini BPR bertolak ansur dengan menteri-menteri yang menjadi saksi kes rasuah dengan mengambil kira jadual tugas mereka padat ". Berapa set undang-undang di negara kita Malaysia ini ada ? Untuk Menteri dan orang awam tak sama ke? Ooooooo maklumlah., Menterilah katakan. Kan Datuk dilantik oleh Menteri bukan oleh orang awam. Inilah padah kuasa diberi pada orang yang bacul. Tentulah kecut nak kerjakan Menteri. Kalau orang awam lain...tenyeh aje tak ada masa nak layan kesibukkan. `` Kita banyak berdiplomasi, mereka boleh datang mengikut kesesuaian masa mereka, tetapi lepas ini kita mahu menggunakan peruntukan undang-undang yang ada untuk memanggil saksi ". Alhamdulillah tersedar jugak akhirnya Pengarah siasatan BPR ini. Baru dapat ilham kut, bahawasanya dia tu bekerja utk agama dan negara bukan untuk Menteri. Berani ke Datuk ? Jangan cakap je...biarlah Datuk buktikan satu Malaysia dan dunia bahawasanya Datuk ni orang yang berpegang akan prinsip-prinsip keadilan dalam menjalankan tugas-tugas. ``Sesiapa yang dipanggil tetapi tidak datang, kita akan buat laporan polis dan minta dikeluarkan waran tangkap termasuk ke atas menteri, kita tidak mahu lagi berdiplomasi". Betul ke ni Datuk? Yang dulu-dulu pun macam ini jugak lepas tu terkunci mulut dan terkecut kejantanan. Kan nanti bersara awal macam Datuk Shafei, Ketua Pengarah dulu. Kita tunggu dan lihat reaksi Datuk Nordin nanti.....hehehehehehe. "Sebelum ini BPR memberi peluang kepada saksi-saksi dari kalangan menteri Kabinet sama ada pergi mendapatkan keterangan mereka atau memanggil menteri berkenaan ke pejabat BPR iaitu bergantung kepada masa menteri terbabit". Mana yang lebih penting Datuk, masa utk buat siasatan dengan mendapatkan keterangan dari Menteri atau masa untuk memberi peluang Menteri mereka-mereka aktiviti untuk menggelakkan dari memberi keterangan. Kalau diberi peluang lagi, berapa banyak lagi wang dan khazanah negara akan hilang dibaloi oleh Menteri-menteri yang terbabit. "BPR hanya diberi kuasa menjalankan siasatan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu melibatkan kesalahan rasuah sahaja". Habis tu maklumat yang diberi tentang Rahim Tambi Chik, Rafidah Aziz, Mahathir Mohamad, Khalil Yaakob bukan rasuah ke? Cuba Datuk buat kenyataan, mana yang rasuah dan mana yang tidak. Tak ada apa-apa tindakan pun......ada yang dah bertahun, Datuk.....Datuk...... "Kes-kes berkaitan pecah amanah pula, jelasnya, perlu dibuat laporan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan". Macam nak lepaskan leher jer Datuk. Baru ni buat statement, kenapa tak buat masa dulu lagi???? ``Mengenai kes di Kementerian Pembangunan Luar Bandar, ada yang disiasat oleh BPR dan ada yang kita tidak siasat, BPR sudah menghantar surat menjelaskan perkara itu kepada menteri berkenaan dan dia sepatutnya faham". Surat....surat jugak Datuk. Apa tindakan Datuk dan BPR ? Kalau Menteri tak faham, saya rasa Parlimen dan orang awam faham kut. Tapi kenapa tidak ada laporan untuk Parlimen ? Agak-agaknya Datuk pun faham ke? ``BPR tidak boleh siasat, undang-undang tidak beri kita kuasa, itu yang menteri harus faham''. Kan Datuk pegawai tinggi kerajaan. Datuk tentu lebih arif dan bijak akan langkah-langkah seterusnya jika bukan dibawah bidang kuasa Datuk. Nasihatkanlah Menteri-menteri yang kurang arif dan bijak tu. `Sekiranya ada mana-mana pihak mempunyai harta atau kewangan yang melebihi pendapatan daripada yang sewajarnya mereka peroleh, BPR boleh siasat,'' Dah berapa banyak yang Datuk dah siasat? Datuk siasat ikan bilis atau ikan jerung? Ikan bilis ok Datuk, ikan jerung kena ngap nanti, Datuk jugak yang terkucil.___________________________ Terbitan : 9 Disember 2003
Diterbitkan oleh : |