Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

UMNO Tanjong Karang: Lagi-lagi menipu !

OLEH: KANG SEMAR.

Bagi kesekian kali UMNO Tanjong Karang terus melakukan penipuannya. Penipuan terbarunya ialah menganjurkan Seminar PIBG 2003 yang dikelolakan oleh Panel Pendidikan Parlimen Tanjong Karang pada 19 hingga 21 Disember lalu bertempat di Pulau Langkawi. Seramai kira-kira 200 orang terdiri daripada kalangan pengetua/ guru besar dan Yang Dipertua PIBG kawasan Tanjong Karang dan Sungai Besar diangkut dengan lima buah bas. Maka pergilah mereka dengan harapan ada ‘formula ‘ baru akan didapati untuk mengatasi berbagai masalah murid sekolah rendah dan menengah dan juga PIBG yang banyak berlaku sekarang .

Tapi, bila sampai di Pulau Langkawi dan sessi ceramah oleh Biro Tata Negara bermula, satu topik tentang PIBG langsung tak wujud. Yang ada hanyalah seruan supaya bersatu…bersatu….bersatu !. Melayu jangan berpecah belah !. Sokong kerajaan UMNO dan macam-macam pujuk rayu dan fakta temberang diberikan. Kalau begitu halnya lebih baik namakan saja SEMINAR KEMENANGAN UMNO lagi baik !.

Khir Toyo yang merasmikan seminar itu dikatakan telah memberitahu peserta bahawa tujuan kerajaan membuat persempadanan baru pilihanraya , supaya ‘ ramai ‘ wakil-wakil rakyat dari orang Melayu berada di parlimen dan mempertahankan hak istimewa orang Melayu yang selalu dicabar. Contoh katanya, dulu kawasan Tanjong Karang hanya ada seorang ahli parlimen. Bila dipecah jadi kawasan Tanjong Karang dan kawasan Sungai Besar, maka akan wujud dua orang ahli parlimen. Yang peliknya, dia tak sebut pula kenapa di Kelantan dan Terengganu tidak ditambah kawasan ?. Bukankah di negeri-negeri yang diperintah PAS di situ majotitinya adalah orang Melayu. Kalau ditambah, kan elok dan makin ramai ahli parlimen Melayu ?. Inilah yang dikatakan temberang dan kelentung UMNO !.

Selain dari main temberang dan kelentung, Khir Toyo nampak jelas ‘ merayu ‘ supaya PIBG tolong kempen pada ibu bapa murid supaya sokong UMNO dalam pilihanraya nanti. Nampak sangatlah takutnya !. Turut juga dia menjelaskan kononnya apa yang ‘ kurang ‘ dalam UMNO sentiasa dibaiki dan rakyat boleh tegur kalau tak kena. Kalau ibarat rumah, janganlah dirosakkan sebuah rumah kerana hanya sebahagian yang rosak. Kita ganti baru yang rosak tu, katanya…..Waaah ! Bukan main sedap bunyinya. Tapi , Khir Toyo tak mau sebut bahawa kerajaan yang diibaratkannya sebagai sebuah rumah, sekarang ni bukan hanya sebahagian saja yang rosak, tapi semua bahagian dah rosak dan perlu dibuat rumah baru !.

Yang jelas sekarang, Khir Toyo semakin takut dan tersepit di Tanjong Karang. Dia sanggup keluar wang ratusan ribu ringgit untuk menganjurkan Seminar PIBG 2003. Tapi hasilnya hapah pun tarak !. Balik-balik, tipu….tipu…. Guru-guru dan ahli PIBG yang ikut serta seminar itu satu pun tak dapat hasil . Masa terbuang begitu saja. Wang ringgit dalam poket pun turut terkeluar ratusan ringgit tiap orang, kerana membeli macam-macam alatan pinggan mangkok dan pakaian di Pulau Langkawi itu.

Guru-guru dan ahli PIBG yang ikut serta seminar itu dinasihatkan supaya jangan lagi tertipu oleh program-program UMNO Tanjong Karang pada masa akan datang !.



___________________________
Terbitan : 26 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)