SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Satu lagi kroni diselamatkan dgn duit rakyatKhazanah Nasional Bhd telah membayar dgn tunai untuk membeli stok pinjaman dan saham yg diterbitkan oleh East Vision Leisure Group Sdn Bhd (EVL), anak syarikat Country Heights Holdings Bhd (CHHB). EVL akan menggunakan dana tersebut untuk memiliki kompleks beli-belah, 5 blok pejabat dan pusat persidangan. EVL akan membeli 3 unit aset CHHB dgn harga RM655 juta, iaitu Mines Shopping Fair, Mines Waterfront Park and Mines International Exhibition & Convention Centre, sebahagian daripada Country Heights' sprawling Mines Resort City di Seri Kembangan, Selangor. Daripada RM 125 juta yg diterima daripada Khazanah, Country Heights akan membelanjakan RM105 juta untuk membayar peminjam, sementara yang selebihnya digunakan untuk menaiktarafkan 3 harta tersebut. Soalnya, dengan langkah ini, adakah Khazanah telah dipesongkan daripada objektif korporatnya. Pertama, ialah untuk memegang dan mengurus pelaburan yg diamanahkan oleh kerajaan. Kedua, ialah melabur dalam pelaburan yg memenuhi salah satu daripada 3 kriteria: strategik, teknologi tinggi dan ada kepentingan negara. Penganalisa dan pemerhati industri berpendapat ketiga-tiga aset tersebut tidak dapat dibayangkan sebagai strategik, berteknologi tinggi dan berkepentingan untuk negara. Lee Kim Yew, pengarah Country Heights (CHHB), dalam satu kenyataan dalam The Ege FinacialDaily, yang dilihat sebagai ditujukan kepada pelabur CHHB mengaku yang pelaburan Khazanah dlm EVL membantu mengurangkan beban hutang CHHB secara tidak langsung daripada RM850 juta kepada RM 50 juta. Sumber: Errol Oh, Star BizWeek senior writer, dan Toh Lye Huat, The Edge Financial Daily editor, Jeff Ooi Screenshot.http://www.malaysiakini.com/fview/aHR0cDovL3d3dy5qZWZmb29pLmNvbQ== Sumbangan: Kawan Jeff ___________________________ Terbitan : 26 Disember 2003
Diterbitkan oleh : |