SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Komen: Tabligh satu pendedahanSaya terpanggil untuk menyatakan sesuatu berkenaan isu Tabligh yang sejak kebelakangan ini diutarakan oleh beberapa pengunjung. Pada pengalaman saya, gerakan ini bukan gerakan Islam yang sebenar, ia adalah satu propaganda orentalis. Jangan terkejut! Saya tidak mengatakan mereka yang berjalan dari rumah ke rumah mengetuk pintu memberi salam itu Yahudi atau Nasrani, tidak! Saya merujuk kepada dasar perjuangan mereka, pengasas mereka, pemimpin mereka di India sana, objektif dan polisi mereka yang tersembunyi daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Mereka yang berjalan-jalan itu sekadar pemain-pemain dipermainkan pemimpim India mereka yang berfahaman Wahabi bersumberkan kewangan daripada orientalis British. Mereka membohongi umat Islam dengan panggilan Solat dan kasih-sayang, sedangkan solat mereka tidak berasaskan ilmu Ahli Sunnah, kasih-sayang mereka bakal dibenam kedalam bumi sejurus mereka berkuasa ke atas sesebuah wilayah bermandikan darah uamt Islam dengan fahaman Wahabi pemimpin mereka yang kuat. Sekiranya para pembaca termasuk saya ini merupakan orang India sendiri, agaknya sudah lama kita akan mengetahui Tabligh ini sesat polisinya, terpesong objektifnya seperti mana kita sedia maklum sesat dan terpesongnya gerakan Arqam walau sebanyak mana kaset-kaset nasyid yang mereka keluarkan, sehebat mana pakaian mereka, serban hijau warna Sunnah etc.Gerakan Tabligh yang tidak bertulis secara rasmi, hanya disebarkan melalui mulut, begitu primitf dan begitu halus terperinci sehinggakan kerajaan India tidak dapat mengharamkan gerakan ini kerana tiada bukti yang bertulis. Berbeza dengan Arqam. mereka mempunyai penulisan yang hebat memperli kerajaan dan badan keagamaan Malaysia, itu senang untuk diharamkan. Mengapa kita atau kerajaan sedar kesesatan yang dimainkan Arqam? Kerana Arqam diasaskan oleh orang Malaysia. Tapi mengapa pula kita atau kerajaan tidak sedar kesesatan yang dimainkan Tabligh? Kerana kita bukan orang rakyat India. Semudah itu. Sepertimana politik adalah sukar untuk penganalisis Barat menganalisa lebih daripada penganalisa tempatan sendiri, begitu jugalah dalam isu gerakan-gerakan Islam atau atas nama Islam tetapi sesat!para pembaca terkejut? Tidak percaya? baik. jangan percaya apa saya cakap. Dan jangan juga senang-senang percaya apa yang dihamburkan oleh orang Tabligh tentang kehebatan gerakan mereka, sebaliknya buatlah kajian, selidik, dan bincang bersama golongan yang benar asas ilmu Islam dan amalannya. beberapa persoalan kepada kita semua: mengapa tidak ramai ustaz atau ulama di Malaysia yang join gerakan ini? mengapa ramai profesional yang join gerakan ini? mengapa mereka mengelak dari bercakap tentang ilmu? mengapa mereka tidak mengundi? mengapa mereka tidak bergaul dengan masyarakat dalam aktiviti keagaamaan majlis maulud, kenduri etc? siapa guru mereka? mengapa mereka menuduh ustaz pondok sebagai sami? mengapa mereka taksub dengan kitab terjemahan hadis karangan maulana ilyas mereka sahaja? mengapa mereka tidak join kuliah agama di masjid sedangkan mereka juga bereada di masjid tapi buat bulatan di belakang sana?Dan jangan ada pula yang memandang remeh isu ini kononnya kesalahan UMNO lagi besar dari isu Tabligh. Ingatlah sahabat internet semua, UMNO kita nampak, tapi kesesatan Tabligh kita tidak nampak bermain-main di kalangan ahli PAS kita. Semoga Allah selamatkan akidah Ahli Sunnah kita rakyat Malaysia.___________________________ Terbitan : 2 Disember 2003
Diterbitkan oleh : |