Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Salahfaham terhadap penerangan Imam Mahadi oleh Tg Haji Hadi

Berdebar dan berderau hati saya bila membuka laman ini bila melihat tajuk yang berbentuk serangan terhadap kuliah Tuan Guru Haji Hadi berhubung dengan Imam Mahadi.Saya telah meneliti akan petikan kuliah oleh TG haji Hadi berhubung dengan perkara tersebut.Berdasarkan ilmu yang saya pelajari dari beberapa tuan-tuan guru yang berpandukan kitab-kitab tua, kesimpulan saya ialah:

1.hujah-hujah yang disandarkan oleh TG Haji Hadi dengan rujukan yang lebih dan bertambah mantap dan lebih jelas dan berkeyakinan akan turunnya Imam Mahadi.

2.hujah TG Haji Hadi bahawa Mahadi adalah manusia biasa dan melalui proses sunnahtullah adalah juga benar kerana manusia yang paling agung dan mulia disisi ALLAH iaitu Nabi Muhammad S.A.W juga mempamerkan watak dan melalui proses sebagai manusia biasa dalam menegakkan Islam,begitu juga para Rasul A.S. para sahabat Nabi R.A.Memandangkan mereka adalah orang -orang yang terpilih untuk kerja ini,mereka dibantu oleh ALLAH S.W.T.dengan mukjizat,karamah dan bermacam-macam lagi ma'unnah dari ALLAH.

3.Begitu juga Imam Mahdi...beliau tetap seorang manusia biasa yang mempunyai ibubapa,berkahwin dan berkeluarga...kelebihannya ialah Imam Mahdi diberi karamah dari ALLAH S.W.T sebagaimana yang digambarkan oleh hadis-hadis.Tuan-tuan guru dari pondok pengajian Islam ada yang menyebut Imam Mahdi adalah Ketua para wali-wali dan diberi kelebihan yang luar biasa disisi manusia biasa dizaman pemerintahannya.

4.Tuan Guru Haji Hadi juga bijak dengan mengatakan ianya urusan ALLAH dari segi siapa beliau yang dipileh oleh ALLAH,bagaimana....dimana ..bila munculnya ...dengan tujuan agar kita tidak menjadi leka dan lalai serta pemalas dalam membantu perjuangan Islam.Kesimpulannya tiada apa yang keliru dalam kuliah beliau dan beliau telah banyak membantu orang-orang seperti saya dalam memahami Imam Mahadi.Wallahhua'lam.



___________________________
Terbitan : 29 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)