Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pasal Unta Dan Wanita Bertudung

Sebab sudah banyak kali makan daging unta yang disumbangkan oleh Khir Toyo, ramailah orang-orang Umno yang bercakap pasal tak payah lagi pergi ke Mekah kalau nak makan daging unta…….

Punyalah baghal orang Umno yang bercakap macam itu. Mereka fikir orang yang pergi ke Mekah cuma nak makan daging unta saja ke ?. Inilah bokti bagaimana ramai kalangan orang-orang Umno yang jahil tentang agama dan suka mempersendakan agama Islam. Yang peliknya kalangan ‘ ustaz ‘ dalam Umno pun ikut sama cakap macam tu !. Mereka tak fikir, kalau selalu sangat cakap begitu, nanti ada orang-orang Umno yang tolol tentang agama berfikir : Apalah guna aku buang duit berpuluh ribu ringgit, kalau cuma nak makan daging unta , di Malaysia pun boleh dapat !. Akhirnya, anak-anak mereka yang masih bodoh bangang bila dewasa nanti pun ikut sama berpendapat tak payahlah ke Mekah. Buang duit saja. Ada duit puluhan ribu ringgit lebih baik beli motosikal untuk mengarak MB Selangor…. .

Cakap-cakap macam ini samalah juga ‘ bahayanya ‘ dengan cakap-cakap mengatakan tak payahlah wanita pakai tudung kepala. Sebab iman seseorang itu dalam hati. Tak boleh ditunjuk-tunjukkan pada orang lain. Nanti jadi riak. Perbuatan riak tu salah dalam Islam !. Huh…punya pandai berhujjah pasal agama Islam !. Tapi , tak kena….. Akibatnya cuba kita lihat, berapa ramai pemimpin wanita Umno yng tidak memakai tudung bagi menutup aurat yang sempurna. Yang menyedihkan anak cucu , ada yang sudah berpangkat nenek pun masih lagi menggerbang rambut tak bertudung kepala. Sebab uban dah mula tumbuh di kepala, terpaksalah pakai pencelup rambut pula. Kalau pakai tudung kan bagus dan cantik, selain dapat menutup aurat mengikut suruhan agama !.

Tenguklah Shahrizat Jalil . Pakai juga tudung. Tapi tudung gaya macam itu tak diiktiraf agama sebagai menutup aurat. Begitu juga macam Azalina Said tuan puteri Umno , pakai tudung tapi sangkut dekat leher saja. Rafidah pulak, langsung !. Jadi, kalau pemimpin-pemimpin buat hal begitu, semua pengikut juga akan buat macam itu. Ditambah lagi dengan ‘ cakap-cakap merapu ‘ begitu, lagilah sesat…. Perkara-perkara yang macam inilah pada ustaz Umno kena bagi tau. Kalau tidak, sama-samalah nanti tanggung dosanya !.

Mungkin nanti para ustaz Umno kata , cakap macam itu tak perlu diberitahu. Mereka tu semua pandai dan bijak belaka. Tapi, sebenarnya para ustaz Umno jangan lupa kalau kesalahan kecil dilakukan oleh pemimpin, ianya adalah dianggap satu ‘ kesalahan ‘ besar bagi pandangan orang ramai. Contoh: Pak Lah yang baru ditabalkan jadi PM Cuma pakai selipar saja masuk ke dalam majlis diadakan di Kedah kerana majlis kesyukoran dia jadi PM baru. Apa rakyat akan kata ?. Tapi, kalau tukang jual buah durian pakai selipar sambil jual buah durian dengan dikelilingi pelanggan berbagai lapisan, tak siapa yang akan kata salah, bukan ?.

Dengar-dengar cerita Rakan Muda peringkat negara juga nak buat majlis besar-besaran dalam bulan Ramadhan ni dan nak jamu peserta dengan daging unta . Cuba kuat kajian di kalangan peserta-peserta kelak. Tanyakan dengan mereka: Perlukah pergi ke Mekah untuk makan daging unta ?. Berapa yang jawab YA dan berapa yang jawah TIDAK. Kalau banyak yang jawab TIDAK, maknanya pemikiran mereka sudah ‘ sama ‘ dan ‘masuk’ dengan kata-kata orang Umno tu…..Lama-lama nanti orang yang macam inilah mempunyai fikiran tak perlu ke pergi Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Sebab buang duit saja, katanya !.

Sekarang ini pun sudah ada pemimpin Umno yang pakar dalam ekonomi mencadangkan supaya orang Islam yang sudah menunaikan haji ke Mekah, tak perlu pergi sekali lagi buat haji sunat. Duit tu elok dibelikan saham saja !. Astaghfirullah… Mereka tak paham, pergi sekali wajib, pergi kali kedua sunat. Kalau cuma pergi sekali saja ke Mekah, Cuma dapat wajib, mana pula dapat pahala sunatnya ? Padahal ibadah sunat itulah yang dapat untuk ‘ menampung ‘ mana-mana kecacatan ibadah dikerjakan. Lagipun duit tu , bukannya Umno yang berikan peruntukan. Macam duit peruntukan bantuan membeli ASAS ( Amanah Saham Selangor ) yang sudah tinggal ‘ asas ‘ saja sekarang !.

Kita harapkan para ustaz Umno tolong berdakwahlah di kalangan orang Umno yang macam tu. Kalau tak sanggup nak tegur, baik keluar saja dari parti Umno. Awak taklah nanti dikata tanggung biawak hidup-hidup saja kan ?.

- RAJA PANTAI LANDU.



___________________________
Terbitan : 2 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)