SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun GEMPA BUMI DI IRAN: OIC MESTI TUBUH PASUKAN KHASKENYATAAN MEDIA (30 DISEMBER 2003) GEMPA BUMI DI IRAN: OIC MESTI TUBUH PASUKAN KHAS Sekretariat Pemuda Islam Asean (AMSEC) melahirkan rasa sedih di atas tragedi gempa bumi yang menimpa penduduk Bam, Iran seminggu yang lalu. AMSEC mengharapkan masyarakat antarabangsa supaya dapat menghantar bantuan kemanusian dengan segera ke Iran bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi tersebut. AMSEC menyeru seluruh umat Islam agar segera menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi ini. Walau bagaimanapun, AMSEC merasa lebih sedih apabila Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) sehingga hari ini masih gagal mengkoordinasikan satu bentuk bantuan yang tersusun daripada negara umat Islam bagi membantu umat Islam yang menjadi mangsa gempa bumi di Iran. AMSEC sangat kesal dengan kegagalan OIC memainkan peranan yang berkesan dalam urusan politik, ekonomi dan social umat Islam, walaupun telah berpuluh-puluh kali mengadakan persidangan dan beratus-ratus resolusi telah diputuskan. Malaysia sebagai Pengerusi OIC juga gagal berperanan dengan baik untuk mengemudi badan umat Islam antarabangsa ini bagi membantu umat Islam di seluruh dunia. Kenyataan simpati dan takziah daripada Pengerusi OIC tidak cukup untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa gempa bumi. Mereka sebenarnya mengharapkan bantuan yang lebih besar dari negara-negara umat Islam. OIC sepatutnya merasa malu apabila Amerika yang menjadi musuh utama umat Islam selain musuh ketat Iran segera mengumumkan bantuan kemanusian untuk mangsa gempa bumi, sedangkan OIC masih terkapai-kapai tidak dapat membantu. AMSEC telah lama memerhatikan bahawa OIC sentiasa gagal membantu umat Islam dan masih mengharapkan bantuan daripada orang bukan Islam. Jika untuk membantu Palestin, Bosnia, Kashmir, Chechnya dan sebagainya, kekuatan ketenteraan menjadi alasan selain faktor Majlis Keselamatan PBB, maka untuk membantu mangsa gempa bumi, alasan apakah pula yang akan diberikan oleh OIC. Yang jelas OIC tidak memiliki apa-apa selain lidah sahaja untuk memutuskan resolusi tanpa sebarang tindakan. OIC sepatutnya telah bersedia dengan petugas-petugas kemanusiaan bagi membantu umat Islam di seluruh dunia, bukan sahaja mangsa gempa bumi, tetapi juga mangsa perang, kebuluran, bencana alam yang lain dan sebagainya. AMSEC mendesak OIC supaya menubuhkan satu pakatan Negara umat Islam tentang isu kemanusiaan. Sebuah secretariat kemanusiaan mesti diwujudkan dengan menggabungkan institusi-institusi seperti pasukan penyelamat, pasukan bantuan perubatan, bantuan makanan dan bantuan-bantuan kemanusiaan yang lain di bawah satu badan khas. Ia harus berfungsi sepertimana Palang Merah Antarabangsa. OIC tidak ada alasan untuk tidak menubuhkan badan seperti ini kerana umat Islam antara yang paling banyak menghadapi masalah kemanusiaan ini. AMSEC mendesak Malaysia selaku Pengerusi OIC supaya dapat mengaturkan penubuhan sebuah badan kemanusiaan OIC bagi menghadapi krisis-krisis pada mada hadapan. Kegagalan Malaysia berbuat demikian bermakna Malaysia juga hanya mampu berkokok sahaja umpama memukul gendang kosong. HAJI MAHFUZ HAJI OMARPresiden AMSEC ___________________________ Terbitan : 31 Disember 2003
Diterbitkan oleh : |