Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Salam Pengenalan dan Rashid Ngah tersesat

I Salam Pengenalan

Al hamdulillah sekian lama saya mengambil alih laman ini, baru kali ini saya sempat menulis.

Maaf sekiranya kehadiran saya sebagai webmaster, tidak begitu menyangkan. Sesetengah pengunjung. mengatakan kehadiran saya tidak sedikit pun membawa perubahan kepada Tranung Kite. Saya juga menerima banyak email yang menegur tentang kelemahan Tranung Kite semenjak akhir-akhir ini.

Ada juga yang menalipon terus ke pejabat dan membuat teguran, tetapi malangnya yang menjadi mangsa ialah SUK Pas Kawasan.

Tak ada apa yang saya nak katakan, hanya 'tunggu dan lihat'. Laman Tranung Kite pasti akan mengekalkan prestasinya. Insya-Allah konsep dan pembawaan laman ini akan kekal walaupun webmaster silih berganti. Itulah kata-kata yang selalu diungkap oleh setiap webmaster yang mengambil alih laman ini.

Walaupun saya tak sempat mengemaskini laman ini, tetapi hampir setiap hari saya meneliti dan memahami corak dan cara beroperasi laman ini agar bila mana saya berkesempatan untuk menghadirikan diri sepenuh masa, laman ini tidak banyak berubah dalam bentuk persembahannya nanti.

II Rashid Ngah Tersesat di Masjid Sura

Jumaat 26 Disember 2003, pada kebiasaannya saya akan berada di Marang, tapi kali ini saya masih di Dungun untuk membuat persiapan Pusat "IT Teknikal Poin" di bangunan PAS. Saya bersolat jumaat di masjid lama Sura, masjid yang suatu masa dulu menjadi masjid kontraversi kerana pernah disiarkan dalam akhbar dan TV sekitar tahun 80an sebagai masjid markaz PAS yang bersolat jumaat sendiri tanpa mengikut arahan kerajaan UMNO pada masa itu.

Masjid ini pernah ditutup oleh Kerajaan UMNO dan pihak polis mengempungnya untuk menghalang orang ramai daripada bersolat Jumaat. Pada kejadian itu saya masih ingat, kerana saya berkesempatan untuk berjumaat tidak dapat bersolat jumaat kerana masjid itu telah dikepung oleh pihak polis. Kami tak bersolat pada hari itu. Bukan kami sahaja yang tak bersolat, polis pun tak bersolat juga kerana mengikut arahan durjana UMNO.

Iman Masjid yang juga tuan empunya masjid telah dibuang daerah di satu tempat di Melaka. Itulah kenang manis hasil kedurjanaan UMNO di Terengganu.

26 Disember 2003 adalah hari Pak Lah datang ke Dungun. Beliau sepatutnya bersolat Jumaat di Masjid UiTM Dungun, tetapi malang agak nasibnya kapal terbang lewat datang dan beliau telah di hantar ke Dungun oleh heli polis. Pak Lah bersolat Jumaat di Masjid Pak Sabah.

Tak ada apa yang menarik tentang Pak Lah ke Dungun, hanya sekadar menyelesaikan masalah yang sedia ada antara Pok Rosli dengan Awang Jabar. Mereka bercakaran sesama sendiri macam anjing berebut tulang.

Oleh kerana Pak Lah datang ke Dungun, semua peminpin UMNO datanglah ke Dungun nak tunjuk muka termasuklah Rashid Ngah.

Ceritanya begini, habis solat sunat selepas solat jumaat, saya pun turun dari Masjid. Terpandanglah saya seorang yang cukup familiar dengan berbaju melayu dan bersamping. Terlintas dalam hati saya ini, siapa dia ini. Terfikirlah saya siapa orang ini yang aku kenal. Mungkin seorang atasan kerajaan negeri. Sambil 'terkoya', saya ditepuk bahu oleh tokel Jujaya Mini Market. "Ooieh Rashid Ngah sesat" katanya kepada saya.

Ahh baru saya pasti orang familiar itu ialah Rashid Ngah salah seorang ADUN pembangkang UMNO di Terengganu. Eik macam mana boleh ada di sini, saya mula terfikir. Tokel Jujaya asyik tertanya-tanya kenapa Rashid Ngah solat kat Masjid ini. Saya terus berseleroh mengatakan drebarnya orang PAS kot!

Saya meneliti Rashid Ngah yang tersipu-sipu menghampiri keretanya dan menukar kasut sambil memakai stokin. Saya cuba memastikan. Sah Rashid Ngah kereta Waja TAB 5599. semua orang memandang Rashid Ngah. Mungkin banyak spekulasi yang telah dibuat tentang kehadiran Rashid Ngah ke Masjid Sura ini.

Kalau Rashid Ngah boleh datang ke situ, ahli UMNO lain bila lagi? Dekati diri dengan masjid.

Cucu Bavoo
mailto:monelbavoo@hotmail.com
Webmaster V4,
Tranung Kite




___________________________
Terbitan : 31 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)