SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kita Tengok Setakat Mana Nazri ...Sdr Pengarang, Saya jarang melayari website tuan/pembangkang disebabkan banyak mata-mata yang memerhati di pejabat. Ini perkara biasa lebih-lebih kami di kerajaan. Isu pemberian permit teksi telah menjadi perang mulut antara menteri yang menjaganya dan BPR. Isu sekarang bukan penganugerahan 6 ribu permit teksi kepada individu, tapi yang perlu BPR siasat adalah penganugerahan kepada syarikat-syarikat. Cubalah pihak BPR siasat betul-betul dan check berapa banyak orang yang sama telah dianugerah permit teksi. Mereka ini cekap dan mempunyai berbelas-belas hatta berpuluh-puluh syarikat. Kesemua sykt telah diletak penama yang lain-lain (proksi). Dan terbaru, mungkin Nazri serta Raja Ahmad sendiri tahu bagaimana beliau telah menganugerah ratusan permit teksi di Johor kepada seorang individu melayu yang telah mempunyai beratus-ratus permit teksi sebelum ini. Individu melayu ini memang dikenali orang yg rapat dengan dua orang VIP ini hinggakan pernah bercuti bersama di England pada tahun lepas. Walaupun Dato/Dato Seri berselindung dengan urusan kerja, kami mengetahui siapa yang berada bersamanya. Sekembali dari percutian, individu ini telah dianugerah permit teksi (ratusan) untuk negeri Johor. Individu ini membuat permohonan menggunakan syarikat berbeza dan meletakkan saudara-mara, adik, isteri sebagai proksi dan pengarah. Perangai orang melayu, sesudah mendapat permit yang melimpah ruah, dijualnya pula sebahagian permit tadi kepada orang lain untuk mendapat duit cepat dan mudah. InsyaAllah, dilain coretan saya akan mendedahkan pula bagaimana syarikat-syarikat cina memonopoli permit teksi di Lembah Kelang. Ada setengahnya menjadi Melayu proksi (barua) utk mendapat permit teksi ini. Suka atau tidak, walaupun zahirnya kita lihat majoriti bumiputera yang memandu teksi, tapi yang mengaut kekayaan adalah taikong-taikong cina yang menjadi tokey kepada teksi terbabit. Ikhlas:Veteran Nak Pencen ___________________________ Terbitan : 20 Disember 2003
Diterbitkan oleh : |