SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Menangkis kesalahfahaman terhadap jamaah TablighAssalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu. Kepada saudara/i seagama yang dikasihi, Sesungguhnya ALLAH s.w.t. itu Maha 'Adil, Maha Mengatahui,Maha Melihat, Maha Mendengar dan maha segala - galanya, hanya Dialah yang mempunyai kuasa mutlak untuk menghukumkan sesuatu perkara itu sesat atau benar, baik atau buruk. kita manusia ini serba lemah dan dha'if tidak mampu melawan taqdir ilaahii.Selawat serta salam keatas junjungan besar nabi MUHAMMAD s.a.w dan ke atas kaum keluarganya serta shabatnya yang telah berjuang di jalan ALLAH dengan harta dan diri mereka dengan seikhlas - ikhlasnya tanpa meminta bayaran walu satu sen,dirha atau dinar etcpun. saudara/i yang dimuliakan. kepada mereka yang begitu anti dan berbulu dengan jamaah tabligh ingin saya ingatkan, jangan terlalu menghina dan menjatuhkan hukum sesat, kuno @ primitif kepada JamaahTabligh ini. dikhuatiri nanti kutukan ALLAH akan menimpai kamu.Sebenarnya kami tidak pernah menggelarkan dirikami Jamaah Tabligh, cuma masyarakat yg menggelarkan. Di Indonesia jamaah ini digelarkan Jamaah silaturahimi, di Thailand Jamaah Dakwah, di Arab Saudi Jamaah Penyambung Lidah Rasulullah s.a.w.di United State, The Six Point Man Group dsb. Saudara/i. Tuduhan mengatakan bahawa pemimpin dan ahli Jamaah Tabligh ( JT ) berfahaman wahabi adalah satu tuduhan yang begitu melulu dan tanpa usul periksa, seterusnya menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dengan tuduhan ini begitu jahil sekali dan pasti akan menerima pembalasan di akhirat kelak kerana ini satu fitnah yang sukar dimaafkan. Pemimpin Tabligh dan ahlinya adalah merupakan pengikut AHLUL SUNNAH WAL JAMAaH yang begitu taat, kami tidak pernah berasing dalam sembahyang jamaah di surau dan di masjid, malah apabila kami disuruh menjadi imam kami akan membuatnya sama seperti imam - imam lain. Wahai saudara yang jahil rujuklah kepada pusat Islam apakah Tabligh ini berfahaman wahabi atau sebaliknya. Untuk pengetahuan saudara ( mereka yang suka mengutuk dan membenci tabligh) Jamaah Tabligh telah pun di intip dan diselidiki oleh semua perisik dari seluruh dunia termasuklah CIA,KGB dan Pusat Islam sendiri mengenai ajaran , aktiviti ,kitab yang mereka gunakan, semuanya mendapati bahawa tabligh ini benar - benar bersih dari segala tanggapan buruk mereka sebelum risikan dijalankan.Kami diajar supaya menghormati pemerintah dan undang - undang sesebuah negara, kami dididik agar memandang kebaikan orang lain, kami diberi faham bahwa tugas menyeru manusia kepada mentaati ALLAH dan mengikuti SUNNAH Rasulullah adalah satu tanggungjawab ke atas semua umat Islam dan kami diajar supaya bersabar terhadap segala ujian yang bakal melanda kami walaupun ujian itu datang dari umat islam sendiri. Lihat betapa suci murninya usaha Jamaah Tabligh ini. Kami dilarang menghina, mengutuk jamaah islam yang lain sebaliknya kami dianjurkan berbaik dengan semua orang kawan atau lawan asalkan mereka itu dapat ditarik kepada mentaati seluruh perintah Allah dan ikut sunnah nabi Muhammad S.A.W. Kami tak pernah kata kami betul, juga kami tak pernah kata usaha lain tidak betul, kami selalu diingatkan bahawa kami harus sentiasa membetulkan niat kami bahawa kami dalam dan sedang belajar.Mana mungkin orang yang sedang belajar melakukan seratus peratus kebaikan @ betul? saudara boleh rujuk dalam tabligh .com. Saudara janganlah suka mengutuk pemimpin Tabligh yang terdahulu seperti Maulana Ilyas rah. siapakah saudara jika dibandingkan dengan beliau, Beliau merupaka manusia yang muli, penuh dengan pemikiran Nabi S.A.W. untu menyelamatkan umat ini dari kegelapan dunia kepada cahaya pentunjuk ilahi. Beliau telah mengorban seluruh harta kekayaan, masa dan diri beliau semasa hayat beliau untuk membawa seluruh umat amnya dan masyarakat islam di India khususnya ke janlan yang benar daripa jalan yang jauh menyimpang dari Islam.Kalau saudara kurang percaya dan yakin sama - samalah kita saksikan nanti di yaumil qiamah. saudara mempertikaikan pengunaan kitab fadhailul Amal, mengapakah perlu di pertikaikan? kitab itu dikarang oleh seorang Muhadithsin yang terkenal dan muktabbar iaitu maulana Muhammad Zakaria.tahukah saudara siapakah beliau itu, beiau itu adalah seorang yang berketurunan Arab yang salasilahnya dari ABu Bakar As- Siddiq r.a.Dilahirkan di madinah di besarkan di India.Menghafal sebanyak tiga ratus ribu hadis,beliau dan keturunan sebelum dan selepas beliau adalah merupakan para hafiz quran. Siapakah saudara jika dibandigkan dengan beliau. Tahukah saudara setiap hadis yang hendak ditulis, beliau sambahyang hajat dua rakaat terlebih dahulu? keseluruhan kitab fadailul 'amal isi kandungannya telah dipetik atau disunting dari lebih berpuluh kitab yang muktabbar dari pelbagai imam dan ahli pemikir islam yang muktabbar dan pengikut AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH. Saudara, Anggapan saudara bahawa ahli tabligh atau Jamaah tabligh tidak mempunyai politik, tidak mengundi adalah satu kesilapan yang nyata mengambarkan bahawa saudara jahil berpolitik. adakah saudara tahu apakah itu politik? Biar saya terangkan mengikut kefahaman saya. Mengikut kefahaman saya politik itu bukan pentadbiran @ pemerintahan sebagaimana yang saudara faham. tetapi pentadbiran @ pemerintahan itu sebahagian dari politik. Politik maksudnya ialah bagaimana sesorang itu berjaya mempengaruhi org lain mengikut cara dia. Contoh Nabi Muhammad S.A.W. semua orng masih mengikuti ajaran baginda. Begitu juga saudara yang mengikut gaya politik yahudi dan nasrani. Bermakna saudara tidak pandai berpolitik sebaliknya yahudi nasranilah yang pandai berpolitik. Politik terbahagi kpd 4 bahagian; i. Politik Haiwan.ii. Politik Yahudi iii. Politik Nasrani. vi. Politik AMbia a.s ( ISLAM ) mari kita lihat satupersatu. Politik Haiwan Politik ini terbahagi kpd 4iaitu : a. Politik Lembu, Kambing Ayam Jantan. b. Politik Ular. c. Politik serigala. d. Politik Singa @ Harimau. sambung esok. ___________________________ Terbitan : 20 Disember 2003
Diterbitkan oleh : |