Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Adil Dalam Menilai Jemaah Tabligh

Assalamualaikum,

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dan hujah saya selaku seorang anak muda yang pernah terlibat secara langsung dalam kegiatan tabligh atau lebih dikenali karkun. Saya tertarik dengan hujah-hujah sahabat, ada yang mencerca,mengkritik jemaah ini dan ada yang mempertahankannya. Saranan saya, tolonglah bersifat adil dalam menilai isu tabligh.

Saya bukanlah seorang lulusan agama, berijazah dalam soal hukum-hakam tetapi hanya belajar selok-belok agama dalam sudut Al-Quran,Fiqh malah sedikit Syariah dan Sirah dalam penglibatan usrah dan majlis ilmu ustaz-ustaz yang diiktiraf. Ketika dalam jemaah tabligh, secara terus terang tidak ada pengkhususan dalam bab ilmu Islam seperti disebutkan tadi. Itu pun dari sudut fiqh, mereka menitikberatkan setiap inci sunnah Rasulullaah. Sepanjang jemaah tabligh keluar, 3 hari, 40 hari dan sebagainya penuh dengan amalan sunnah-sunnah Nabi yang jarang sekali diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Memang diakui, beginilah cara hidup sebenar sebagai seorang Muslim untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita.

Namun, mereka kebanyakkan lupa memperincikan pula pengetahuan bab tauhid,Al-Quran, hadith mahupun Sirah Nabi. Ada sesetengah golongan yang masuk jemaah ni bukan calang-calang orang. Ada bergelar Dr., ada berkelulusan Master, malah pelajar university dalam dan luar negara bertebaran menyambung seruan dakwah jemaah. Mereka mempunyai asas-asas fiqh yang betul tapi dalam suasana bayan, taklim mereka semuanya tertumpu pada kitab Fadhail-Amal. Pernah diperbahaskan kitab itu ada kebanyakkan hadith bersifat dhaif dan maudhu'. Apakah hukumnya menyambung hadith begini? tepuk dada tanya iman. Sepatutnya mereka menyampaikan bayan dan taklim tidak tertumpu pada kitab tu sahaja tapi apa salahnya ambik kitab yang lebih muktabar dan seimbangkan dengan suasana ilmu.

Dari segi amalan solat, bacaan Al-Quran dan selok-belok ibadat lain, ammg da kekurangan. Yang saya tersentuh, bila bertadarus, ada yang tak pernah kira soal tajwid dan hukum bacaan, makhraj pun ala-ala India pun ada padahal lebih afdhal dpercantikkan dengan sebutan bahasa Arab yang betul. Bukan tak boleh, tekejut bila dperbetulkan boleh pulak disebut dengan betul.

Bila kata mereka sesat, bukanlah satu amalan ahli Sunnah wal jamaah kita terus mengecap mereka sesat. Jangan mudah mengatakan org lain sesat kerana ia jatuh boleh dikatakan kafir. Kita kena tanya apa amalan mereka yang menyalahi Al-Quran dan hadith-hadith sahih? Ahli Jemaah tabligh ni ramai, dan pelbagai kelompok. Bukan semua ahli-ahli mereka buta agama segelap-gelapnya. Jika mereka berkeras mengatakan ini amalan yang benar walaupun menyalahi nas-nas agama, maka itu dikatakan sesat. Bagi saya, jemaah tabligh yang terdedah dengan pelbagai fahaman tariqat dan sufisme, itu yang kita kena selidik, bukan terus mengatakan sesat pada mereka yang mengikut jemaaah tabligh yang mengikut sunnah tanpa ada perkara-perkara bidaah. Saya pernah ada dalam jemaah yang tidak ada sedikit pun bidaah apatah lagi ajaran sesat. Ada jugak tabligh terutama di universiti, selang selang mengambil bahan rujukan kitab hadith seperti riwayat Bukhari & Muslim, dan kitab syarahan hadith yang tersedia di surau.

Kesimpulan saya di sini, kita berbincang mengenai isu tabligh kita kena bersifat adil. Jangan sesatkan terus jemaah tabligh kerana mereka berjambang lebat dan berserban tebal lain daripada ustaz-ustaz kita. Walaupun benar, mereka terdedah kepada sufisme yang mengarut, tariklah mereka berkawan ngan kita. Bukankah PAS, ustaz lulusan universiti mahupun jemaah tabligh mempunyai tujuan yang sama hanya untuk agama Allaah. Orang ramai yang masuk jemaah tabligh, kerana nak mendekatkan diri dengan agama. Saya sendiri bukanlah wara', alim dan arif soal hukum-hakam. Namun jemaah tabligh lah yang cuba mendidik yang jauh dari agama supaya tertarik dengan suasana agama.

Kepada mereka yang terlalu "backing" sangat jemaah tabligh, fikirkan kehendak Nabi dalam melengkapkan perjuangan mendaulatkan Islam dan menghidupkan suasana sunnah Nabi. Kita tak boleh menzuhudkan diri sampai lupa perjuangan menegakkan pemerintahan Islam, sedangkan Nabi Muhammad pemerintah Madinah yang zuhud, Salahuddin Al-Ayubi... pemerintah tentera Islam yang besar pun zuhud. Fikirkan di mana kita nak mendalami ilmu-ilmu Islam agar kita tidak tersesar dari satu tariqat Nabi Muhammad. Andai kamu sayangkan sunnah Nabi, Nabi pun berpolitik, Nabi pun keluar berjihad menentang kuffar.

Hanya memberikan pendapat.Wallaahu ^alam

nitrosomethane.



___________________________
Terbitan : 8 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)