Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Tanda-Tanda Pilihanraya Hampir Tiba

Assalamualaikum wrt.wbt.

Dua tiga hari lepas aku balik kampung aku kat Kedah.Kebetulan aku sampai di sana hari dah malam.Hairan bin ajaib bila aku lihat jalan tar ke kampung aku kelihatan hitam dan baru.Padahal 2 hari sebelum tu jalan tar lama masih elok,cuma warnanya agak pudar.Ayah aku beritau,baru petang tadi depa mai bubuh tar.Hinggakan jalan yang ada satu atau dua rumah pun depa bubuh tar sampai depan tangga.

Beginilah orang-orang Umno buat kerja.Kerja yang sepatutnya dibuat dalam masa 5 tahun dibuat dalam masa sehari! Kita boleh bayangkan bagaimana jalan tar segera ini dibuat.Jalan tar ini bagaikan batas ubi keledek!

Aku harap orang-orang kampung celik mata luas-luas.Jangan jadi bodo.Jadilah cerdik macam orang Kelantan dan Terengganu.Bagi kain pelikat-pakai.Bagi beras-tanak,Bagi gula-kacau.Bila mengundi pakat-pakat pangkah bulan dan adil! kali ni biar kita kalih dacing berkarat tu sampai terbalik.

Peknga Pisang



___________________________
Terbitan : 31 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)