Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Duit Haram atau "Sin Money"

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saudara pengarang

Sekarang isu Duit Haram atau "Sin Money" telah dijadikan isu oleh puak BN khususnya MCA untuk menentang kerajaan Islam Pas di Terengganu. Mereka menghasut kaum Cina di negeri tersebut agar jangan menerima duit haram tersebut kununnya adalah suatu penghinaan terhadap kaum tersebut.

Tahukah MCA bahawa maksud Duit Haram atau "Sin Money" itu hanya haram bagi umat islam tapi bagi penganut bukan islam adalah halal. Umpamanya makan babi adalah haram bagi umat islam tapi halal bagi penganut agama lain. Contohnya kalau ada ayam yang disembileh cara bukan islam bagi umat islam adalah haram tapi bagi penganut lain adalah halal.

Adakah puak MCA yang bukan islam akan membuang daging ayam yang tidak disembileh cara islam itu disebabkan orang islam tidak makan daging tersebut? Adakah itu suatu penghinaan sedangkan bagi umat islam adalah haram makan daging ayam yang tidak disembileh cara islam tapi bagi penganut bukan islam itu tidak salah bahkan boleh dimakan.

Jadi mengapa MCA dan lain-lain puak dalam BN bising tentang masalah duit haram bagi islam tapi halal bagi orang bukan islam nak dijadikan isu. Sepatutnya mereka bergembira kerana kerajaan islam Pas di Terengganu memberi peruntukan khas kepada bukan islam, mungkin MCA dan lain-lain puak dalam BN merasa takut sokongan bukan islam terhadap Pas sebab itulah mereka menghasut orang cina di terengganu supaya jangan menerima peruntukan tersebut.

Kalau duit haram itu haram bagi MCA bagaimana pula tentang duit yang mereka dapat hasil dari 'Casino',ternakan babi,arak dan juga rasuah? Adakah duit itu halal bagi mereka cuma haram apabila kerajaan islam Pas bagi dekat orang bukan islam di Terengganu. Masalah duit haram itu sebenar digembar-gembur oleh puak BN supaya orang bukan islam menentang Pas.

Kita berharap agar para alim ulamak dapat memberi penerangan yang jelas tentang apa yang dimaksudkan duit haram itu pada kaum bukan islam agar mereka tidak dikeliru oleh oleh puak-puak yang tidak bertanggngjawab dalam perkara tersebut.

Jadi kesimpulannya "Duit Haram" itu sebenarnya "Duit Halal" bagi orang bukan islam. Orang bukan islam tidak perlu takut tentang duit haram tersebut kerana bagi umat islam duit itu adalah halal bagi bukan islam. Adalah rugi kiranya orang bukan islam di Terengganu menolakan peruntukan tersebut dan jangan sekali-kali mereka termakan hasutan puak MCA dan lain-lain puak dalam BN ini.

Pemerhati bebas



___________________________
Terbitan : 28 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)