SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kuliah Cyber - BidaahSaudara akupunya berhujjah tentang bidaah dengan panjang lebar sehinggakan kami rasa tidak ada lagi cara orang Islam Hendak menghayatai Allah dan Rasullullah SAW sebab hampir kesemua amalan amalan yang sering di praktikkan olih orang orang Islam di Malaysia ini di katakan Bidaah.Memang mudah megumpulkan beberapa amalan amalan dan melebelkan bidaah dan menampalkan beberapa ayat ayat Alquraan dan Hadis hadis(Sahih?) yg. belum tentu lagi sah atau tepat penggunaannya. Hati hati jangan bermain dengan api nanti terbakar diri kang. Pada hemat saya sangat berbahaya penulis seperti Akupunya bercakap tentang hal hal agama seperti ini tanpa memberitahu siapa dia yang sebenar dan apa kah latar belakan didikan dan pengajian agama yang di milikinya itu.Memang senang dan mudah berhujjah dan bercakap seperti ini memetik sepotong hadis atau ayat Alquraan seperti yang sering di bawa olih Saudara Astora Jebat di dalam ruangan Agama mingguan nya dalam akhbar Utusan Malaysia itu tetapi sekurang kurangnya Astora Jebat memberitahu siapa dia yang sebenarnya dan sidang pembaca yang luas tahu latar belakang keilmuannya itu.Sidang pembaca pun mempunyai pilihan yang jelas sama ada hendak bersetuju atau tidak dengan penulis, dan Astora jebat pun saya kira berpuashati dengan setiap keterangan nya itu sebab dia tahu para pembaca ruangannya kenal dia dan mempunyai pilihan, tepuk dada dan tanya kepala hotak masing masing.Kalau rasa tidak bersetuju sangat bolih datang terus kepejabat Utusan berhujjah dengannya bersemuka.Ini penulis samaran akupunya berselindung dengan gaya keilmuan agama nya yang entah bertauliah atau tidak.Silap silap Akupunya ini ialah lulusan MBA belajar ilmu agama melalui sendiri sendiri dengan membaca berbagai buku ugama tanpa rujukan kepada pihak tertentu. Lain pula denga Akupunya ini menulis bab bidaah ini di ruangan cyber berhantu ini dengan melemparkan hujjah hujjah yang nampak bernas tetapi pincang huraian yang lengkap seperti mana yang di lakukan olih cendikiawan agama yang sebenar tanpa mengilirukan umat Islam semua. Saya rasa penulis Akupunya tak payah lah hendak menulis tentang agama di sini melainkan dia mengenalkan dirinya dahulu lengkap dgn. keilmuan agamanya baharulah pembaca rasa lega.Kalaulah main tembak tembak begini mengakibatkan banyak kemusnahan daripada kebaikan. Banyak perkara perkara yg. di takrifkan bidaah olih Akupunya kalulah betul bidaah ataupun "bidaah totok" mengapakah tidak diperbetulkan olih beberapa badan agama yang berwajib di Malaysia ini sejak dari dulu lagi? dan kalaulah tidak di perbetulkan olih mereka mereka yang berwajib ini adakah mereka mereka ini tidak berwibawa,tidak bertauliah atau tidak berilmu yang sahih seperti dari Al Azha ke , Univ. ABdul Aziz Saudi ke atau Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Prof. Datuk Harun Din dan Lain lain pakar rujuk agama negara tidak mempunyai ilmu agama yang cukup? Sangat pelek ya, memerlukan Akunpunya mengistiharkan Bidaah. Wallahuaklam Penghijrah(Saya mohon dari Allah moga2 saya pun di lindungi dari perkara perkara Bidaah sebenar dari merosakkan Akidah saya) Artikel Jawapan kepada Bidaah. ??????? ????? ? ???? ????
Mengenai tulisan “AkuPunya” yang menyentuh persoalan bid’ah,adalah wajar sekiranya saya bertanya kepada beliau mengenai beberapa perkara bid’ah(nabi tak buat) yang dilakukan oleh para sahabat.Dan adakah mereka(Para Sahabat) ini termasuk golongan yang sesat? Seperti yang disebut dalam Hadis Nabi: "Ertinya : Jauhilah perkara-perkara baru, kerana setiap perkara baru adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan masuk ke dalam neraka". Dari Abdul Rahman bin Abdul Qarai beliau berkata: Saya keluar bersama Saidina Umar bin Al-Khattab pada suatu malam bulan Ramadhan pergi ke masjid (Madinah). Didapati dalam masjid orang-orang sembahyang tarawih bercerai-cerai, ada yang sembahyang bersendirian, ada yang sembahayang dan ada beberapa orang di belakangnya. Maka Saidina Umar ra. berkata, "Aku berpendapat akan mempersatukan orang-orang ini. Kalau disatukan dengan seorang imam sesungguhnya lebih baik, lebih serupa dengan sembahyang Rasulullah". Maka disatukan orang-orang itu sembahyang di belakang seorang imam bernama Ubai bin Ka'ab. Kemudian pada suatu malam (yang lain) kami datang lagi ke masjid, lantas kami melihat orang-orang sembahyang berkaum-kaum di belakang seorang imam. Saidina Umar ra. berkata; "Ini adalah bid'ah yang baik". (HR Imam Bukhari, lihat sahih Bukhari jilid 1, ms 242) Bagaimana pula Saidina Usman bin Affan yang membukukan Quran sedangkan tidak dizaman Rasulullah?Bergitu juga dengan azan pertama pada sembahyang jumaat yang turut dilakukan pada zaman Saidina Usman?adakah semua perkara diatas sesat? Bagaimana pula dengan Al-Quran yang ditulis baris dan titik?bukankah pada zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat Al-Quran tiada baris dan titik?Habis tu kenapa kita baca Al-Quran yang ada sekarang kalau perkara itu dilarang kerana bid’ah? Sekiranya perkara diatas tidak boleh dibuat bagaimana pula kita nak ikut Hadis Nabi yang bermaksud: “ Kamu semua wajib berpegang teguh pada sunnahku dan juga sunnah Khulafaur Rasyidin yang telah mendapat petunjuk setelah aku, berpegang teguhlah padanya dan gigitlah dia dengan gerahammu, jauhilah dirimu dari mengada-adakan suatu hal yang baru (dalam urusan agama), kerana yang demikian itu bererti bid’ah dan setiap perkara bid’ah adalah sesat.” Cuba kita tengok ayat “juga sunnah Khulafaur Rasyidin yang telah mendapat petunjuk setelah aku”,bukankah Nabi suruh kita ikut Khulafaur Rasyidin?Dan bukankah Saidina Abu Bakar As-Siddiq,Saidina Umar Al-Khatab,Saidina Usman Al-Affan dan Saidina Ali Abu Talib itu Khulafaur Rasyidin? Berkenaan ayat Al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang mati itu mendengar” (Surah An-Naml 27:80) Saya ingin bertanya apakah maksud ayat diatas orang yang mati,yakni terpisah ruh dari badan?sedangkan dari apa yang saya tahu maksud ayat diatas berkenaan orang2 kafir yang tertutup pintu hati mereka untuk terima ajaran Nabi.Janganlah hanya kerana nak patahkan hujah maka kita sanggup menyeleweng maksud ayat Allah!Habis dimanakah dalil yang mengatakan orang yang mati tak boleh dengar orang yang masih hidup? Kita tengok pula Hadis ini: ari Ibn ‘Abbas r.a. ketika Nabi saw apabila lalu dekat 2 buah kubur baginda bersabda :
“Sungguhnya kedua mayat ini sedang diazab. Bukanlah keduanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci dari kencing. Dan seorang lagi kerana berjalan kesana kemari mengadu domba. Maka Nabi saw meminta dengan pelepah tamar yang basah lalu dipatahkan kepada dua bahagian dan dipacakkan kepada dua buah kubur tersebut. Dan Nabi saw pun bersabda : Mudah-mudahan diringankan dari kedua mayat ini selama pelepah ini belum kering.” (Hadith Sahih Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.Juga diriwayatkan oleh Abu Daud , Tirmizi, Ibn Majah, Nasaai, Imam Ahmad, Ibn Abi Syaibah, Baihaqi, Baghawi, Ad-Darimi, Ibn Mandah dan Thoyalisi.) Sedangkan pelepah tamar memberi manafaat kepada simati,maka doa-doa yang dibaca pada kenduri arwah sudah tentu lebih memberi manafaat kerana datang dari Al-Quran. Tambahan pula kenduri arwah itu atas permintaan anak simati yang kita tahu doa anak yang soleh itu bermanafaat sebagaimana tersebut dalam hadis: “Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan atau anak soleh yang mendoakannya.” Malah memberi makan(sedekah) kepada mereka yang hadir(kenduri arwah) turut bermanafaat kepada simati kerana Hadis Nabi: Diceritakan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Maksudnya: “Sesungguhnya Sa‘ad bin Ubadah saudara Bani Sa‘edah, pada masa kematian ibunya, dia tidak berada di sisinya, lalu beliau datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu ku telah meninggal sedang aku tidak berada di sisinya, oleh kerana itu adakah sesuatu boleh memberi manfaat kepadanya jika aku sesuatu itu untuknya?” Baginda bersabda: “Ya”, Sa‘ad berkata: “Maka sesungguhnya aku bersaksi kepada engkau bahawa kebunku yang berbuah itu adalah sedekah untuk ibuku” (Hadis riwayat Al-Bukhari) Saya agak terkilan dengan sikap sesetengah orang yang kononnya arif agama pada hari ini, yang tergamak mengatakan sesat kepada ulama2 silam dan orang2 yang mengikut mereka menganjurkan kenduri arwah,talkin dan sebagainya. Takkanlah hanya dengan sekeping Ijazah dari Al-Azhar sudah cukup untuk mengatakan sesat kepada Tok Guru2 pondok(Golongan ini yang menganjurkan tahlil,talkin dan sebagainya) yang menghabiskan separuh usia mereka belajar Usuluddin,Feqah dan Tasauf?Adakah layak mereka yang mempunyai Phd nak kritik ulama besar seperti Imam Ghazali yang menghafal hampir keseluruhan hadis Nabi?bukanlah nak mengatakan ulama2 ini maksum tetapi sebagai renungan kepada mereka yang beranggap orang2 yang aliran Fahaman Asyaari(aliran yang diikut oleh pondok2 diseluruh tanah Jawi) sebagai sesat. Diharap sekiranya mereka yang mengaku golongan salaf ini berjumpa sendiri dengan Tok Guru2 pondok dan tunjukkan dimana perkara yang tak betul dengan dalilnya sekali.bukan hanya berkokok dari jauh.Dan jangan hanya minta orang lain tunjuk dalil(hadis) berkenaan sesuatu perkara tetapi kita sendiri tak ada dalil nak tegah, kerana tak semestinya setiap perkara yang Nabi tak buat itu ditegah daripada dikerjakan!
Diterbitkan oleh : |