SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun ADAKAH GABUNGAN MCA-GERAKAN AKAN DIDAFTAR LEBIH CEPAT DARI PARTI KEADILAN RAKYAT (keADILan)?Alasan Pendaftar Pertubuhan, Datuk Dahri Ibrahim, tidak menerima permohonan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia untuk menggunakan nama Parti Keadilan Rakyat berikutan percantuman kedua-dua parti, dengan dalih bahawa beliau mendapati ia tidak sesuai. Bagaimana pula cantuman MCA-Gerakan boleh diluluskan oleh ROS, sedangkan MCA adalah Parti Cina sementara Gerakan adalah parti berbagai bangsa dan berbagai agama yang diasaskan oleh Professor Syed Hussain Al-Attas ? Keadilan dan PRM mempunyai dasar yang sama kerana kedua-duanya adalah parti sah yang berdasarkan berbagai bangsa dan berbagai agama. Nampaknya Dollah Badawi dapat mengalahkan Mahathir Kutty dalam bidang berlakun dan putar-belit, walaupun Mahathir masih lebih juara dalam bidang mencuri dan menyamun harta rakyat. ############################################## ADAKAH GABUNGAN MCA-GERAKAN AKAN DIDAFTAR LEBIH CEPAT DARI PARTI KEADILAN RAKYAT (keADILan)?Kami merasa curiga oleh kerana pada hari yang sama Pendaftar Pertubuhan, Datuk Dahri Ibrahim, mengulangi bahawa beliau tidak boleh menerima permohonan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia untuk menggunakan nama Parti Keadilan Rakyat berikutan percantuman kedua-dua parti. Alasan yang diberikan hanya beliau mendapati ia tidak sesuai. Kami mengambil perhatian bahawa semalam (21 Disember 2003), Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengalu-alukan gabungan yang diura-urakan antara MCA dengan Gerkan. Oleh kerana PM sudah memberikan restunya, kami percaya Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak akan melengahkan pendaftaran gabungan parti yang baru ini, tidak kira apa namanya, manakala disetujui oleh kedua-dua pihak. Ada beberapa persoalan yang timbul dari ini. Pihak Pendaftar telah mengambil hampir setahun sebelum menjawab surat Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional mengenai pindaan ke atas perlembagaan keADILan. Perubahan nama ini berserta beberapa pindaan lain, yang diluluskan oleh Persidangan Agung Tahunan keADILan dalam bulan April 2002, telah dikemukakan kepada Pendaftar lebih setahun lalu, pada 27hb November 2002. Malangnya, tidak ada satu pun, termasuk pindaan nama dan lambang Parti Keadilan Rakyat, telah diluluskan. Presiden keADILan, YB Dr Wan Azizah Wan Ismail, telah menulis surat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, sebagaimana dikehendaki undang-undang sekiranya kami ingin mengambil tindakan mahkamah. Sehingga ini kami masih belum mendapat jawapan daripada beliau. Satu rombongan parti yang pergi menemui Pendaftar Pertubuhan telah diberitahu secara lisan bahawa mereka bertindak atas arahan pihak atasan. Sekiranya keputusan menolak nama parti baru ini didorong oleh politik, kami menggesa dengan sekuat-kuatnya agar Menteri Dalam Negeri, yang kini Perdana Menteri juga, supaya bertindak dengan adil dan saksanama, dan Pendaftar Pertubuhan segera meluluskan percantuman keADILan dengan PRM itu. Dr Wan Azizah Wan Ismail, PresidenDr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat 22hb December 2003 ___________________________ Terbitan : 25 Disember 2003
Diterbitkan oleh : |