Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Salam Hari Natal dari UmmahOnline

Krew UmmahOnline

UmmahOnline ingin mengambil kesempatan di hari yang mulia ini - Hari Natal (kelahiran Nabi Isa Al-Masih as) - untuk mengucapkan salam Hari Natal kepada seluruh pendamba kemerdekaan dan para pengikut agama-agama Ilahi, terutama penganut agama Kristian di Malaysia dan seluruh dunia.

Justeru itu, dengan meraikan keagungan Nabi Isa as ini marilah kita menginsafi bahawa risalah Nabi Isa as adalah sama sebagaimana Nabi-Nabi lain yang diutuskan oleh Allah swt; iaitu untuk menyingkap tabir kerohanian dari pembinaan jiwa dan juga kekuatan dimensi spiritual setiap manusia. Maka dengan keyakinan ini, ajaran para Nabi Ilahi akan terus menguasai setiap jiwa manusia.

Perlu juga disedari bahawa Nabi Isa as adalah merupakan salah satu dari tanda-tanda kebenaran Ilahi dan kemuliaan baginda begitu banyak dirakamkan di dalam Al-Quran nur-Kareem. Dan, sudah tentu kebenaran yang paling menyerlah ialah kemunculan kembali baginda di akhir zaman bagi membantu perjuangan Islam di bawah kepimpinan Al-Imam Al-Mahdi yang telah dijanjikan itu.

Sejarah masa depan ini, nyatakan sekali menunjukkan bahawa hakikat ajaran Ilahi adalah satu dan bertalian, yang diturunkan kepada umat manusia sesuai dengan zamannya melalui para Nabi dan Rasul, manakala ajaran Nabi Muhammad saw adalah penyempurna kepada ajaran-ajaran para Nabi sebelumnya. Maka, Nabi Isa as tidak dapat dinafikan lagi berperanan sebagai pembantu utama kepada kesempurnaan kemenangan Islam di akhir zaman.

Bagi UmmahOnline, Nabi Isa as bukan sahaja milik penganut agama Kristian malahan baginda adalah milik seluruh umat manusia dimana cakupan ajaran-ajaran beliau sangat luas dan murni. Bagi setiap orang yang meyakini ajaran Nabi Isa as, pasti akan membela kehormatan dan kemuliaan manusia serta berjuangan menentang kekerasan sambil mendukung kemerdekaan manusia dan golongan mustadh'afin.

Justeru itu, eksploitasi ajaran para Nabi dan agama Ilahi untuk menanam benih-benih kebencian dan kezaliman serta bertujuan untuk menjustifikasi aksi-aksi kekerasan dan keganasan adalah merupakan kezaliman terhadap ajaran para Nabi itu sendiri. Dan, mudah-mudahan umat manusia akan segera terbebas dari kebodohan, kekerasan, diskriminasi dan keganasan dengan naungan danpedoman ajaran-ajaran Ilahi. Insha'Allah. Ya...Ruhullah Isa, Ya...Mahdi...Adrikni



___________________________
Terbitan : 29 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)