Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pemuda UMNO tetak bapa kerana wang RM5

Gara-gara gagal mendapatkan RM5, seorang pemuda UMNO bertindak menetak bapanya hingga mati dalam satu kejadian bunuh di sebuah rumah di Kilometer 17 Jalan Benteng, Kapar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi 8 Disember 2003, mangsa, Mohd. Tamsir Tangijan, 62, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mati setelah mengalami kecederaan parah di kepala, bahu kiri dan tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Md. Jamil Ayob bekata, kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa pulang ke rumah selepas habis bekerja.

Menurutnya, dalam kejadian itu mangsa telah ditetak sekurang-kurangnya lima kali menggunakan senjata tajam dipercayai kapak.

``Polis masih menyiasat motif pembunuhan tersebut dan percaya sebelum mangsa mati ditetak, berlaku pertengkaran antara mereka yang berpunca dari mangsa enggan memberikan RM5 kepada anaknya,'' katanya.

Inilah sikap orang UMNO yang tak ada didikkan agama

___________________________
Terbitan : 11 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)