Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Kerja UMNO menipu sesama sendiri

Terlebih dahulu saya mengaku kesilapan saya dan 12 org lagi rakan saya yang telah tertipu dengan salah seorang org kuat UMNO.Pada bulan feb tempohari kami telah mendapat tahu dari rakan saya ada rumah murah yang hendak dijual.rumah tersebut terletak di taman sri putra JB.Kami tidak lepaskan peluang ini dan terus ke rumah Hajjah.............di Desa Rahmat dan mendengar cerita beliau yg beliau adalah ketua wanita umno pulai yg kononnya mendapat kuata umno 35 buah rumah tersebut.Dari apa yang di ceritakan adalah munasabah dan sungguh meyakinkan kami untuk membayar wang deposit sebanyak Rm6500 untuk lot tepi dan Rm5000 utk lot tengah. kami lebih yakin lagi apabila melihat sendiri rumah tersebut yg 100% siap termasuk meter lekrik ,meter air yang tiada penghuni.Beliau juga memberitahu pengalaman beliau yg telah berjaya menguruskan beberapa buah rumah di taman molek JB sebelum ini.beliau juga tidak membenarkan kami menghebohkan tengtang pembelian ini kerana takut mendapat tahu pihak tertentu,ini kerana beliau menguruskan penjualan rumah ini secara "under table".beliau juga berjanji rumah ini akan dapat diduduki selewat lewatnya bulan april dan juga berjanji akan mengembalikan wang deposit kami sekiranya rumah tidak dapat.kami yg bodoh ini berebut-rebut untuk membeli rumah tersebut dan membayar wang deposit pada 22 feb 03 di rumah Hajjah tersebut.Tak disangka tada resit atau apa-apa bukti pembelian di berikan

kami tunggu pada bulan berikutnya,(bulan mac) beliau langsug tidak menghubungi kami utk memberu\itahu perkembangan tentang rumah tersebut.kami cuba telefon beliau ,beliau kata dalam proses.bulan berikutnya kami tunggu pun tiada hubungi kami.kami telefon beliau jarang ada di rumah.kalau ada pun beliau seolah olah marah kerana tak sabar menunggu.begitulah bulan berikutnya jawapan beliau tetap sama.sehinggalah pada bulan ogos kami berasa curiga dan pergi kerumah beliau dan menceritakan beliau telah kena tipu dengan kawan beliau bernama herlinda.semua wang berjumlah RM240,000(utk 39 org) telah diserahkan kepada herlinda.beliau bagitahu bukan kami 12 org sahaja yg berurusan dgn beliau malah ada 27 0rg lagi.(entah betul ke tidak).Yang peliknya beliau berani membuat report polis tentang beliau kena tipu oleh herlinda sebanyak RM 240,000.Kami telah melihat dan membaca report tersebut.Sekarang kami di minta bersabar untuk menuggu pihak polis menangkap herlinda.sampai bila???kami sebenarnya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada resit/sebarang surat semasa pembayaran .Tolonglah kami,,tolonglah kami.encik,Datuk-Datuk,Tan Sri-Tan Sri.bagaimanakah cara kami untuk mendapatkan semula wang kami yang dari hasil titik peluh kami yang kebanyakan bekerja di kilang.,

terima kasih.

UMNO Malang

Sila ke : http://umnojb.com.my/board/viewtopic.php?t=10 mendapatkan maklumat lanjut rintihan saya.





___________________________
Terbitan : 31 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)