Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pandangan Syeikh Salman tentang jemaah tabligh dan Ikhwan al-Muslimin

Syeikh Salman ditanya:

Apa pandangan anda pada mereka yang menghukumkan bid'ah terhadap jamaah Ikhwan al-Muslimin atau menyesatkannya dalam bentuk umum.. Dan begitu juga dgn jamaah tabligh.?

Secara ringkasnya dapat disimpulkan dari pandangan beliau:

1. Tabligh dan ikhwan al-muslimin serta jamaah2 lainnya mengandungi kebaikan yg cukup banyak. Ia memberi kesan yg cukup baik kpd umat ini. Namun sebahagian dari mereka tidak terlepas dari kekurangan atau kesilapan atau sikap taksub yg tidak dibenarkan.

Apa yg mesti dilakukan ialah, menerima apa yg haq/kebenaran dari mereka, menghargai kebenaran itu, membantu mereka dan menasihati terhadap kecacatan2 atau kealpaan atau kesilapan mereka.

2. Ikhwan al-muslimin telah berjuang di mesir dan menentang Yahudi di palestin. Mereka juga telah membawa begitu ramai pemuda2 kembali kepada Islam dan mengembalikan kekuatan mereka dgn Islam. Al-Ikhwan telah melahirkan banyak hasil karya tulis yg cukup bermanfaat dan melahirkan sejumlah tokoh2 yg hebat.

3. Sikap taksub adalah sebahagian dari tabiat manusia. Ia berlaku juga pada individu2 jamaah ini dan pada mana2 jamaah lainnya. Sikap ini perlu dibenteras.

4. Mengenai jamaah tabligh, ia memberi tumpuan kpd masalah akhlak dan ibadah yg tidak terlepas dari pengaruh tasauf. Ramai di kalangan mereka yg tidak mementingkan ilmu2 syarak dan pembersihan aqidah. Dan kadangkala mereka dianggotai oleh golongan ahli bid'ah. Namun begitu, jamaah tabligh memberi kesan yg sangat baik di dalam lapangan dakwah terhadap non muslim yg mampu menarik mereka kpd Islam. Ia juga cukup bermanfaat utk menarik kpd Islam terhadap penagih dadah, yg tidak sembahyang dsbnya dgn bentuk dakwah yg cukup lembut, sabar dan penuh hikmah..

5. Semua umat Islam wajib memelihara perpaduan ummah, membersihkan hati, meluruskan aqidah dan menjauhkan diri dari sikap taksub. (ruj: http://www.sahwah.net/Nuke/sections.php?op=viewarticle&artid=40 ) -----------------

Pendapat syeikh salman mengenai syed qutb pula boleh di lihat di sini: http://www.sahwah.net/Nuke/sections.php?op=viewarticle&artid=33

Secara ringkasnya beliau mengatakan bahawa mengenai syed qutb ini terdapat pelbagai pandangan mengenainya. Ada yg bersikap sederhana dan adil terhadapnya, ada yg bersikap taksub dan ada yg menentangnya.

Dan, syeikh salman memuji syed qutb sebagai salah seorang dari imam2 huda waddin. Yg dikurniakan pemikirannya dan penanya utk mempertahankan Islam dgn cara yg sukar dicari gantinya.

Mengenai tafsirnya Fi Zilalil Quran, syeikh Salman memuji2 sbg satu kerja besar dalam kajian bidang tafsir. Dgn membacanya, pembaca dapat merasakan bahawa betapa al-Quran itu bukanlah diturunkan utk satu zaman atau keadaan shj tetapi adalah utk semua zaman dan keadaan.

Di samping itu, syeikh salman juga ada menjelaskan terdapat beberapa kesilapan di dalam al-zilal ini, spt dalam bab al-istiwa' yg ditafsirkan oleh syed qutb sbg saitharah dan ist'la'. Ini silap kata syeikh, yg benarnya ialah spt kata imam Malik, ia maklum dari sudut makna dan majhul dari sudut kaifiat.

Begitu juga kesilapan syed qutb dgn menamakan tauhid uluhiyah dgn nama tauhid rububiyah, dan menamakan tauhid rububiyah dgn nama tauhid uluhiyah. Namun kata syeikh salman, ia hanya kesilapan dari segi istilah shja bukan makna sedangkan apa yg dimaksudkan oleh syed Qutb adalah jelas dapat difahami.

Kesilapan2 begini memang perkara biasa berlaku pada mana2 kitab tafsir.

Syeikh salman juga mengatakan bahawa kitab syed Qutb ditulis dgn perasaan yg meluap2, gaya bahasa yg cukup kuat dan sifat cemburu (ghirah) atas agama dan umat Islam. Dgn itu terdapat sebahagian pembaca yg gagal menyingkap makna dan maksud perkataannya. Dan, mereka ini membaca secara harfiyah/bergantung pada zahir perkataan sehingga mengakibatkan mereka mengkafirkan semua manusia.. atau melakukan hijrah dari negara mereka. Ada sebahagian mereka yg memisahkan diri dari masyarakat dsbnya..

---------------------

Ini adalah aliran salafi versi syeikh muhamad bin abdul Wahab rhm. Manakala aliran salafi versi syeikh syed Rasyid Redha, ada beberapa kelainan. Namun, syed Rasyid Redha rhm, ada yg sebahagian syeikh salafi menggolongkannya di dalam golongan Aqlaniyah. Mereka tidak mengiktirafnya sbg pendokong aliran salafiyah. Syeikh Yusof al-Qardhawi pula menganggap syed Rasyid Redha sebagai pembawa panji2 salafiyah di zaman modern. Dan beliau merupakan salah seorang pengkagum syed Rasyid Redha.

Apa yg penting ialah, kita hendaklah berlaku adil dan terbuka ketika membaca karya2 mereka yg mungkin antara satu sama lain bercanggah dan berselisih. Kita tidak boleh cuba mengambil kesempatan utk menyemai benih2 kebencian terhadap para ulamak samada yg pro atau kontra. Kerana masing2 ada bahagian masing2 dalam menyebarkan Islam di atas mukabumi ini.



___________________________
Terbitan : 9 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)