Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Samseng UMNO ..? buku bertemu ruas...?

Adakah pemuda samseng kaki pukul tu pemuda UMNO.. Kita tahu bahawa Melaka kan kuat UMNO dan pemuda UMNO ada geng pemuda tahan lasak.. Jadi kalau selama ni depa bertindak samseng terutama kat penyokong pembangkang terutamanya semasa pilihanraya seperti di Indera Kayangan.. kali ni depa dah bertemu lawan yang lebih kuat lagi.. askar... maka mereka dah boleh dikatakan "buku bertemu ruas"... baru depa tau kena pukui tu rasa macam mana... Lagipun dengaq habaq 60% tentera sokong BA....

Kes amuk di Melaka: Laporan media didakwa berat sebelah
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2003&dt=1219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_06.htm

Saudara Pengarang,

KAMI sebagai anggota tentera ingin melahirkan rasa tidak puas hati mengenai laporan media berhubung kes amuk di Kampung Bertam Ulu, Melaka yang menyebelahi pihak penduduk kampung tersebut.

Rata-rata media massa tempatan menyalahkan pihak tentera sahaja, seperti kami ini terlalu ganas dan ekstrem. Pihak media hanya mengambil pendapat sebelah pihak tanpa mengambil kira pendapat kami.

Tiga orang anggota unit kami telah dibelasah dengan teruk sehingga cedera dan mendapat beberapa jahitan di bahagian kepala dan muka. Malahan kereta yang mereka naiki telah ditolak ke bawah bukit selain aksesorinya telah dicuri. Bayangkan berapa banyak kerugian yang ditanggung oleh rakan kami.

Kami mengakui bahawa anggota kami bersalah melanggar pagar rumah berkenaan tetapi adakah patut tindakan pemuda-pemuda kampung itu. Kami dikatakan membelakangkan undang-undang negara pada hal pemuda-pemuda kaki pukul tersebut terlebih dahulu melanggar undang-undang.

Kami tidak akan melakukan perkara sedemikian jika mereka tidak mencederakan rakan-rakan kami. -

WARGA TD,
Kem Terendak,
Melaka.



___________________________
Terbitan : 20 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)