Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

YNT akan bina asrama, pusat pengajian anak nelayan

KUALA TERENGGANU: Yayasan Nelayan Terengganu (YNT) akan membina sebuah asrama dan pusat pengajaran bagi menempat serta membimbing anak-anak nelayan di seluruh negeri sekiranya mempunyai dana yang mencukupi. Pengarah Eksekutifnya, Haji Zaman Abdullah berkata, ini adalah sebagai kesinambungan kepada biasiswa yang akan diberikan kepada setiap anak nelayan yang mempunyai keputusan cemerlang dalam semua peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Beliau berkata Warta Darul Iman sempena pembukaan pejabat baru YNT di 1797, Tingkat Bawah, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai di sini setelah yayasan itu sempena dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi pada 14 Oktober lalu. Zaman memberitahu, asrama dan pusat pengajaran itu adalah antara pakej yang akan di laksanakan bersama dengan pembinaan bangunan dan pusat latihan sendiri untuk kemudahan nelayan dan keluarga mereka.

Tegasnya, inilah antara rancangan yang disusun untuk mengubah taraf masyarakat nelayan yang selama memberi tumpuan daripada kehidupan secara tradisional kepada yang lebih selesa dan baik.

Menurutnya, sebagai permulaan sebahagian kutipan sulung yang diperolehi kira-kira RM17,000 sumbangan berbagai pihak pada hari pelancaran YNT baru-baru ini akan di agihkan untuk membeli pukat kepada 50 orang nelayan kecil atau nelayan pantai. Beliau yang juga anak nelayan dan pernah berkhidmat sebagai pegawai RISDA selama 20 tahun berharap YPT akan mempunyai wakil lembaga pengarahnya di seluruh negeri. Setakat ini hanya tujuh dari 50 kerusi yang diperuntukan sahaja dipenuhi.

Usaha ini tambahnya adalah selaras dengan kehendak Menteri Besar sendiri selain Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dato’ Haji Abu Bakar Chik yang sentiasa memantau untuk menjana pertumbuhan ekonomi para nelayan.

Malah, ini juga bersesuaian dengan hasrat kerajaan dalam Pelan Induk Pertanian Terengganu 2001-2010 iaitu mempergiatkan usaha k arah mewujudkan nelayan moden, menjana pendapatan, mendidik masyarakat dan pengguna dalam sektor perikanan. Oleh itu, beliau berharap sebagai sebahagian dari ummah, para nelayan dapat saling membentuk kerjasama yang bertambah erat untuk membangunkan sektor perikanan bagi membina kesedaran dan meningkatkan pendapat mereka.

Yang pastinya, ujarnya kerajaan negeri akan sentiasa mengalu-ngalukan semua pihak untuk meningkatkan pendapatan kaum nelayan yang akhirnya akan meningkatkan ekonomi negeri dan rakyat seluruhnya. Seperti yang di jelaskan oleh Menteri Besar sendiri, kerajaan negeri memberi penumpuan kepada tiga aktiviti utama di dalam sektor perikanan iaitu perikanan laut dalam, pembangunan akuakultur dan industri pemprosesan serta pemasaran ikan. Ketiga-tiga aktiviti ini melibatkan peranan nelayan secara langsung dan nelayan tidak mampu untuk membangunkan aktiviti-aktiviti ini secara bersendirian.

Jadi, katanya, YNT boleh menjadi badan unggul untuk berperanan meningkatkan taraf hidup masyarakat nelayan dengan membantu dan memajukan aktiviti-aktivitii mereka termasuklah memperhebatkan lagi prasarana di kawasan penempatan semula nelayan.





___________________________
Terbitan : 31 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)