Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Gempur... Gempur... dan terus menggempur.. Pemimpin alternatif jangan terus lena

Monsun pilihanraya semakin dirasai sejak akhir-akhir ini. Setelah peralihan kuasa dari PM ke - 4 kepada PM - 5, suasana politik tanahair kebelakangan ini seolah-olah dibuai oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Selesa dan nyaman.

Barisan alternatif dan pembangkang kelihatannya seolah-olah terpaku dengan peribadi dan 'kelembutan' yang ditonjolkan oleh PM ke 5 atau lebih dikenali sebagai Mr. Clean. Tiada asakan padu ke atas PM baru ini oleh barisan alternatif. Rasanya ramai yang ingin memberi peluang kepada beliau dan mengambil sikap tunggu dan lihat.

Sikap ini sebenarnya merugikan barisan alternatif sendiri. Kita seolah-olahnya selesa dengan keadaan monsun politik pada hari ini. Tapi kita sebenarnya terlupa. Mungkin kerana keputusan pilihanraya lalu yang mana undi orang melayu begitu memihak kepada barisan alternatif. Seolah-olah kita terlupa selepas sela masa tersebut, kita telah dihalang dari menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Ceramah disekat, harakah dihadkan, SAR dihapuskan, royalti dirampas dan banyak lagi senario terkini. Namun, barisan alternatif kelihatannya begitu selesa kerana dapat merampas negeri Terengganu dari pihak barisan nasional.

Sedarlah wahai barisan alternatif. Berapa ramai anak muda yang kita lebih cenderung kepada hiburan dan sosial. Adakah mereka lebih cenderung kepada barisan alternatif ? Berapa ramai yang maut dalam kemalangan jalan raya. Yang dihantar ke pusat serenti. Yang terlibat dengan jenayah? Itu baru golongan muda. Golongan pertengahan yang kembali kepada barisan UMNO kerana terliur dengan janji-janji yang dihaburkan. Terliur dengan kontrak yang ditawarkan. Rasanya tidak terbilang oleh jari. Di pejabat kerajaan kalau dirisik kembali, ramai yang hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam. Seperti kata Tun Dr. Mahathir, melayu mudah lupa.

Sedarkah kita bahawa tugas yang amat berat menanti kita. Persempadanan baru langsung tidak memihak kepada kita. Namun seolahnya kita lena diulit mimpi indah. Jangan harap Kedah, Selangor, Pahang dan beberapa negeri lagi akan jatuh ke tangan kita selagi kita terus bermimpi indah-indah. Silap-silap Terengganu kembali kepada BN dan UMNO. Ingat!!! Pengundi-pengundi di Terengganu belum lagi diuji kesetiaan mereka seperti di Kelantan.

Wahai pemimpin alternatif. Mengapa tidak digempur PM ke-5 itu dengan pelbagai isu. ISA, SAR, projek2 mega, isu Anwar dan sebagainya. Seolah-olah pemimpin kita kehilangan momentumnya setelah Mahathir meletakkan jawatan. Bergeraklah dan gempurlah. Sebelum kita menyesal pada pilihanraya yang akan datang ini kerana tidak berusaha dengan sepenuh hati kita. Dan kita jangan menyesal, jika kroni2, masalah sosial remaja, murtad, penyelewengan, rasuah masih lagi membelenggu kita kerana kita terlupa untuk mengempur. GEMPUR LAH...!!!





___________________________
Terbitan : 31 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)