Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

JEMAAH TABLIGH SESAT?

Assalamulaikum ya muslimin muslimat sekelian,

Di sini ingin saya meluahkan rasa kecewa saya pada saudara AJ dan YUS yang membuat tuduhan melulu tanpa bukti terhadap jemaah Tabligh. Mungkin saudara berdua telah lama mengikuti jemaah tersebut tapi dari luahan citarasa saudara berdua menampakkan ketidakmatangan di dalam menganalisa sesuatu perkara.

Balik pada asal konsep jemaah Tabligh: iaitu mendakwah ajaran Islam mengikut cara Sunnah Rasulullah dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara iaitu jihad berlandaskan Al-quran. Dalam jemaah Tabligh lebih menitikberatkan soal IMAN daripada ILMU. Oleh sebab itu jika kita ingin mencari ILMU seperti ilmu Feqah, Tauhid, Tariqat dan macam-macam lagi ilmu yang hebat bukannya melalui jemaah Tabligh...pergilah belajar di pondok-pondok agama atau dengan Tok Guru yang arif soal ilmu agama...seperti saudara AJ tu. Tapi kalau untuk belajar mengenal erti kepayahan, kemiskinan dan sanggup bermujahadah demi semata-mata menguatkan IMAN di jalan berdakwah untuk agama ALLAH maka ikutlah jemaah Tabligh. Itu saja konsepnya.

Seperti saudara AJ yang dah lama mengikuti jemaah Tabligh tetapi akhirnya terpengaruh dengan hasutan syaitan mungkin sebab saudara belum lagi betul-betul dengan ikhlas hati ingin bermujahah demi kesempurnaan IMAN...sebab itulah tewas jua.

Tentang perkara-perkara negatif yang selalu kedengaran dalam jemaah Tabligh selalunya datang dari nafsu individu yang memang suka mengadaikan sesuatu tanpa fakta. Perkara-perkara tersebut muncul sebab ada saudara-saudara kita yang mengikuti jemaah Tabligh kurang ILMU agama assebab sebelum itu terjebak dalam sosial masyarakat yang jahil dan penuh lalai dengan dunia. Apabila bertemu Tabligh, baru insaf dan ingin mengubah cara hidup semula.....tapi kebanyakkanya sementara sahaja kerana suka ikut-ikut dan terbawa-bawa perangai silam tanpa menilai sesuatu yang sebenarnya.

Kita kena ingat! untuk menjadi seorang yang dipandang mulia disisi ALLAH dan Rasulullah bukannya senang...banyak dugaan yang perlu dilalui. Hasutan Syaitan, Dunia, perempuan yang memang sudah sebati dalam diri kita inilah yang membuatkan tak semua Fisabilillah yang dapat berjuang ke Akhirnya...patah di tengah jalan. Berwaspadalah.

Kesimpulannya, ILMU agama memang perlu dituntut untuk menyokong kekuatan diri kita di dalam mencapai IMAN yang begitu mulia. Berdakwah tanpa ILMU adalah sia-sia,dan ILMU yang tinggi tanpa IMAN ...nerakalah jawabnya. Belajarlah dari sejarah kebangkitan ISLAM zaman Rasulullah dan kejatuhan ISLAM zaman Othmaniah.

Semoga pejuang-pejuang Islam kita yang berada dijalan ALLAH sentiasa dilindungi dan tidak gentar dengan musibah yang datang. InsyaAllah.

Sekian, wassalam

luahan dari Karkun sejuk,

ZAMRI ARJUNA



___________________________
Terbitan : 2 Disember 2003

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)