Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Anak Bukit & Bacaan Surah Yasin

Assalamualaikum,

Saya cuma ingin berkongsi satu pengalaman ketika pilihanraya kecil Anak Bukit dengan pembaca sekelian,
Baru-baru ini saya ada bersembang dengan adik ipar saya yg merupakan salah seorang petugas UMNO dari bahagian
Di Selangor ketika pilihanraya kecil itu. Kebetulan pula saya juga menjadi petugas Pas dari kawasan Jelutong yang
diamanahkan ke U P.U Padang Hang di Anak Bukit, yang mana kawasan ini menjadi tumpuan petugas2 UMNO dari Selangor.
Apabila saya ajukan soalan padanya , iaitu apa pengalamannya yang tak dapat dilupakan ketika di Anak Bukit .

1)Beberapa puteri UMNO yg orang telah dihantar menjadi program anak angkat di kampung itu dari survey yang dikumpulkan , puteri UMNO mendapati beberapa confirm prospect yg akan mengundi BN dirumah –rumah yg terlibat dengan program anak angkat.

Tetapi yang peliknya kata adik ipar saya ialah pada hari mengundi apabila mereka(umno) datang untuk menmbawa pengundi (prospect)ini semua rumah terkunci dan tidak berpenghuni. Ada dikalangan keluarga angkat ini berada di pos-Pas.

Moral : Kepada petugas Pas jangan putus asa walaupun pengundi terlibat dengan program anak angkat Puteri Umno , mereka tidak semestinya menjadi pengundi BN .



2)Pengalamanaya yg kedua ialah ketika di pusat pembuangan undi , katanya pada hari itu keadaanya amat berbeza .

Suasana dan keadaannya hening & sunyi , walaupun ketika itu pada hakikatnya ratusan manusia bertumpu di sekitar pondok panas dan kawasan itu menjadi sesak. Katanya lagi hati menjadi sayu ketika mendengar bacaan surah Yasin oleh ahli Pas dipinggir-pinggir kawasan pembuangan undi dibawah pancaran terik matahari.

Alunan surah Yasin menambahkan kesayuan dan katanya seolah-olah tidak bermaya lagi untuk menghadapi suasana itu.

Moral : Ramaikan lagi petugas Pas dengan bacaan Yasin ketika pilihantaya ke -11 diseluruh Negara & disetiap

Pusat pembuangan Undi ,insyaallah kemenangan Anak Bukit akan berulang dengan pertolongan Allah yg menghantar malaikatnya yg berbondong-bondong .

Al-Quran adalah mukjizat.

Abu Munzir
Jelutong





___________________________
Terbitan : 3 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)