Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Iklan Proton mempertahankan kepentingannya dlm industri kereta Malaysia

assalamualaikum,

Saya rasa dalam minggu ini Proton ada mengiklankan di tv bagaimana mereka dapat menghasilkan beberapa ribu pengeluar komponen dan seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada beberapa belasan atau puluhan ribu pekerjaan kepada rakyat malaysia. Maaf kerana tidak sempat menyalin angka-angka tersebut dari tv.

Apa tujuan mereka sebenarnya? Nak kata dengan proton banyak rakyat malaysia dapat buka kilang dan pekerjaan? Kita sedia tahu yang kualiti kereta proton amat teruk. Kalau beli barupun power window tak sampai 2 tahun dah lingkup.Saya tahu kerana saya mengalaminya. Mereka tak tau ke yang Malaysia ni banyak plaza tol? Itu yang makin cepat jahanam power window tu.

Lagi pun banyak kroni yang buat keja supply komponen proton. Sumber saya di proton pernah menceritakan yang seorang jurutera proton telah di beri amaran dan dimarahi oleh tuan punya kilang komponen dan di ikut sampai ke rumah (title Datuk) kerana tidak me'reject'kan komponen tersebut dari di pasang. Mengenai power window pula, pernah sekali sebanyak 600 set direject kerana tak piawaian menepati kualiti semasa sampling (sampling di buat dengan memeriksa secara rambang 5-25 unit dari keseluruhan lot, ikut jumlah komponen yang dihantar)Jika 2 dari 5 set didapati tidak baik, keseluruhan lot terpaksa di periksa oleh vendor tersebut untuk mengeluarkan komponen yang rosak. Tetapi memandangkan permintaan yang tinggi atau ketidakcekapan vendor menghasilkan komponen , lot yang di reject terpaksa di gunakan juga. Hasilnya, semua pengguna proton tahu. Itu baru satu komponen, ada berapa ratus, ribu komponen dalam satu kereta?

Kalaulah ford, GMC, Chevrolet atau sapa pun masuk dan dirikan kilang, kilang-kilang pembuat komponen yang sedia ada pun akan dapat pesanan yang lebih banyak untuk hasilkan komponen pengeluar selain dari proton ini. Lagi banyak kilang buat komponen akan didirikan. Kalau Proton yang pasaran terhad dapat hasilkan belasan ribu pekerjaan, apatah lagi dengan banyak pengeluar yang punyai pasaran satu dunia.Tapi tak bolehlah manja dan mengada-ngada sangat. Tak merasa nak jual barang kalau kualiti tak menepati apa yang ditetapkan pengeluar. Dari sini mereka tentu akan berusaha dengan lebih gigih dan secara tak langsung komponen proton pun akan bertambah baik.

Jadi apa yang risau sangat pasal AFTA? Setakat duti import kereta 500 juta setahun apalah sangat. dah boleh cover dengan duit royalti minyak terengganu yang 850 juta setahun yang kena rompak dek KERAjaan BN. Banyak duit dari sumber lain yang ada, tapi kerana nak jaga kroni, projek mega dan tak perlu habis wang rakyat digunakan. Bagi lah peluang rakyat buat pilihan kereta selain dari Proton dan Perodua tu. Korea buat sendiri kereta tapi tak adalah menyusahkan rakyat mereka.

Jadi saya sangat setuju kalau BA masukkan penurunan duti eksais dan impot kereta. Kalau sekarang duti impot 20% , duti eksais 80%. Jadikan ianya 5% (maksima) dan eksais 5% (maksima). Kalau figure ni jadi, hanya kroni, proton dan perodua saja yang yang tak puas hati. Yang lain mesti setuju punya.

Jadi saya harapkan sangat BA ambil perkara ini sebagai betul satu (bukan salah satu) manifesto mereka.





___________________________
Terbitan : 17 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)