SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
DAERAH JELEBU
Latar Belakang Ulama’ dari Luak Jelebu ini bernama Tuan Haji Luna Bin Haji Sidek[1] yang dilahirkan di Kampung Larong, kira-kira 2 km dari Bandar Kuala Klawang. Beliau dijangkakan lahir dalam tanggal 1880 dari keturunan Dato’ Umbi Jelebu. Bersekolah Melayu peringkat awalnya sebelum merantau mencari ilmu agama jauh di Patani kira-kira tahun 1905 hingga tahun 1910. Mengajar Agama
Sekembalinya ke Jelebu, beliau terus memberi pendidikan agama kepada masyarakat tanpa jemu dan teguh pula dalam pendirian agamanya. Banyaklah masjid dan surau-surau dalam Daerah Jelebu dikunjunginya untuk mengajar agama. Jesteru itu apabila Dato’ Undang Jelebu ketika itu ingin memberi penghargaan dan menawarkan jawatan kadhi kepadanya, Allahyarham Haji Luna menolak dengan hormat kerana pada pandangannya jawatan tersebut meletakkan beliau tertakluk kepada arahan atasan. Permintaannya supaya kuasa mutlak dalam menjalankan agama tidak diperkenankan oleh Dato’ Undang. Haji Luna diriwayatkan adalah seorang yang cerdas pemikiran dan mempunyai sifat-sifat kepimpinan. Beliau juga memperlihatkan sikap jatidiri dan tidak suka mengharapkan pemberian orang lain. Mungkin kerana pendiriannya itulah maka beliau berusaha sendiri untuk meningkatkan taraf hidupnya sehingga berupaya memiliki berpuluh ekar kebun getah dan harta-harta lain. Melalui titik
peluhnya itu, Allahyarham mampu menghantar anak-anaknya mengaji agama di Mekah. Antara anak-anaknya itu
ialah Haji Ismail, Haji Abd
Latif dan Haji Abdul Rahman. Allahyarham sendiri telah menunaikan
haji sebanyak dua kali dalam tahun 1920 dan 1939. Insyaallah, penyusun akan Meninggal Dunia
Allahyarham Haji Luna meninggal dunia dalam tahun 1953 ketika usianya 73 tahun. Beliau telah mencurahkan tenaga dan ilmunya untuk anak bangsanya lebih 40 tahun dan pernah pula menjadi imam di Masjid Triang, Jelebu.
Pengenalan
Haji Idris Bin Dato’ Umbi Udin adalah anak Jelebu dari waris Kemin. Tempat Lahirnya di Kampung Triang kira-kira tahun 1860. Bapanya seorang ketua adat dalam Luak Jelebu. Masa kecilnya seperti rakan-rakan sebaya yang lain, beliau hanya mendapat pendidikan awal dari guru rakyat zaman itu. Mengaji Agama
Pengajian dalam bidang agama diperolehinya dari Tuan Haji Othman, seorang kadhi Jelebu waktu itu. Kemudian beliau berguru pula dengan ulama’ Kelantan yang datang mengajar agama di Jelebu bernama Tuan Guru Haji Abdullah ( semoga Allah melimpahi rahmat kepada guru yang berjihad dari jauh ini). Waktu itu ada ulama’ dari Patani dan Kelantan berdakwah ke daerah ini. Antaranya ialah Tuan Guru Haji Abdullah yang menetap lebih kurang 10 tahun di Jelebu sebelum balik semula ke Kelantan. Kadhi Daerah
Selepas mengaji agama, Allahyarham mulalah mengajar agama kepada masyarakat setempat dalam Daerah Jelebu. Dikatakan lebih 50 tahun beliau berbakti dalam kerja agama dan pernah memegang beberapa jawatan seperti guru Al Quran dalam akhir tahun 1890an dan memegang jawatan kadhi bagi tahun 1924 hingga 1935. Allahyarham juga seorang kari yang terkenal di zamannya. Ketegasannya
Haji Idris seorang yang kuat menjaga sholat yang diwajibkan. Beliau cukup marah jika sesiapa suka mengabaikan kewajipan tersebut. Satu kisah menarik terjadi semasa beliau diminta menjalankan upacara perkahwinan seorang gadis kampung yang ada hubungan kekeluargaan dengan beliau. Oleh kerana beliau mengetahui sangat bapa si gadis adalah seorang yang suka meninggalkan sholat, maka beliau pun enggan mengakadkan majlis perkahwinan itu. Bagi menghindarkan kekecuhan dan majlis tergendala, bapa gadis itu berjanji tidak meninggalkan sholat di masa akan datang. Malah turut diminta membuktikan janjinya dengan mengambil wuduk dan bersholat dengan disaksikan oleh para hadirin dalam majlis perkahwinan itu. Allahyarham kembali ke rahmatullah dalam usia 75 tahun ( 1935). Beliau dikatakan menunaikan haji sebanyak dua kali iaitu semasa kecil mengikut keluarganya dan dalam tahun 1935. Sewaktu mengerjakan haji kedua inilah beliau meninggal dunia di tanah suci Mekah Al Mukarramah. Kita berdoa semoga ruhnya dicucuri rahmat dan peristiwa bersholat di hari perkahwinan itu dapat memberi ikhtibar kepada para pembaca hendaknya. Amin. ___________________________ Terbitan : 21 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |