SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Ya Allah Selamatkan lah JohorSemasa zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, terdapat rakyat Johor yang menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap kepimpinan YAB Tan Sri. Rakyat Johor telah memberikan kritikan yang hebat terhadap pelan pembangunan Johor yang dirasakan tidak seimbang kerana lebih menitik beratkan pembangunan semata-mata. Setelah, YAB Tan Sri meninggalkan negeri Johor Darul Ta'zim ini maka suara-suara yang sama telah menyuarakan rasa bangga mereka terhadap kepimpinan YAB Tan Sri kerana dapat menjadikan negeri Johor sebagai salah sebuah negeri yang termaju di Malaysia. Ini telah menjadi lumrah manusia. Kalau ada di depan mata maka mereka tidak akan berterimakasih tetapi bila jauh meninggalkan kita maka kita rindukan akan 'sentuhan'nya. Sejarah telah membuktikan bahawa semasa peninggalan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau telah memberi bekalan sebanyak RM400 juta kepada negeri Johor. Malangnya ketika ini negeri Johor kesayangan ku telah dibebani dengan defisit yang semakin menigkat hari demi hari. Tak tahu dimana salahnya? Johor telah dianugerahkan pakar ekonomi dari UM iaitu YAB Dato Abd Ghani bin Othman. Sejauh mana kepakarannya .. mari kita lihat kebijaksanaannya .. Kerajaan Johor telah disaman berhubung kenaikan air sebanyak 50% dalam jangkamasa 3 tahun. Rakyat Johor ditekan dan Singapura bersuka ria dengan kadar 3 sen/gallon. Kenaikan ini telah mengakibatkan kedutaan Jepun di Johor menghantar bantahan kepada Menteri Besar. Gaji pekerja kerajaan dibayar oleh kerajaan persekutuan kerana kerajaan Johor tidak mempunyai alirah kewangan yang mantap. Defisit semakin meningkat Pengambilalihan SAJ adalah satu sandiwara klasik diantara Datuk Hamdan Ranhill dan juga YAB Menteri Besar. Sehingga tahun 2002, Ranhill telah mendapat kontrak sebanyak RM400 juta dari SAJ Holdings. Kerajaan Johor telah disaman RM180juta kerana pengambilan tanah di Gerbang Perdana. Kerugian berjuta2 ringgit yang dialami oleh Johor Corp tetapi lembaga pengarah mendapat bonus sekurang2nya RM50 ribu dalam bentuk saham Adalah menjadi satu kemusykilan yang mana syarikat rugi tetapi lembaga pengarah untung. Naik Taraf lagun puteri yang sepatutnya mengambil masa 1 tahun 6 bulan kini masih belum lagi siap. Kelewatan lebih 1 tahun! Sebab itulah rakyat Johor membantah keras projek berkenaan tetapi YAB Menteri Besar terus berdegil. Apa agaknya alasan Datuk Lim kali ini. Apa agaknya perkembangan dengan kes Balak di Bekok. YB Khalid Nordin mungkin boleh cuba terangkan. Apa agaknya nak jadi di Johor ni kalau YB Khalid yang jadi MB .... lain-lain? tungguuuuuu Ya Allah Selamatkan lah Negeri Johor.___________________________ Terbitan : 9 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |