Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

BN perlu lagi RM3.5 ribu juta untuk pilihanraya umum

ASSALAMUALAIKUM,

Sekadar renungan kepada para pejuang Pas & Keadilan …..sebenarnya saat kejatuhan UMNO adalah dengan hilangnya sumber keewangan mereka.

UMNO tidak mampu berdiri tanpa wang………jentera Umno akan lumpuh jika tidak dapat menyalurkan wang dalam semua aktiviti.

90% dari ahli Umno hidup dalam parti Umno semata-mata di atas alasan wang & ekonomi.Jika Umno dan BN tidak mampu meyumbangkan keewangan ,projek, dan ekonomi maka saat kejatuhan UMNo semakin hampir.

Amaran kepada semua kontraktor & businessman …jika ingin terus survive dalam business pastikan anda tidak menjadi supplier kepada BN dalam pilihanraya ke -11 ini

Sebab Umno belum tentu akan dapat membayarnya selepas pilihanraya.

UMNO BN akan menawarkan harga yang tinggi untuk mengaburi mata pembekal2…tapi paymentnya amat pedih sekali……..kalau tak percaya cubalahhhh

Jutawan-jutawan UMNO tidak akan membantu UMNO dari segi dana seandainya UMNO sedang nazak dari segi keewangan, sebab mereka bukannya lebih sayangkan wang dari segalanya.

Seperkara lagi ialah , Pak Lah sedang menangguhkan pilihanrya ke -11 ialah kerana tak ada fulusss…..

Kita tunggu & lihat apa pulak permainan Umno.

Wassalam

Anak Tanjung

................................................................................................

BN perlu lagi RM3.5 ribu juta untuk pilihanraya umum?

Oleh MGG PILLAI

KEADAAN tabung kewangan Barisan Nasional (BN) memang bercelaru. Ia ketandusan dana sendirian, dan terpaksa bergantung kepada sumbangan parti komponen untuk mengendalikan pilihan raya umum yang akan tiba.

Pada zaman dahulu, dana parti komponen itu melimpah ruah. Memang lebih daripada mencukupi untuk mengendalikan pilihan raya, dan mengambil kira segala pembaziran dan songlapan yang berjuta ringgit banyaknya.

Tetapi kini, pemimpin parti menguasai kewangan parti tanpa ada jentera pengawalannya, sehinggakan berbilion ringgit yang sepatutnya ada dalam tabung itu sudah lesap begitu sahaja.

Sebagai contoh, UMNO tidak membentangkan penyata kewangannya hampir dua dekad lamanya. Perkara itu kerap dilencongkan supaya tidak dibahaskan dalam Persidangan Tahunan dengan alasan biarlah ia diluluskan sahaja oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Tetapi, sehingga kini badan itu masih belum dapat menerima akaun itu selama ini. Begitu juga halnya dalam setiap parti komponen BN. BN amat yakin ia mampu berbuat sesuka hati, kerana wang mengalir laksana air, dan kemenangan masih dapat dirangkul pada saat kegentingan ketika menghampiri garisan kekalahan.

Sudah hilang segala keyakinan dahulu. BN bukan lagi dikuasai oleh Tun Mahathir Mohammad. Tempat beliau sudah diganti oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tetapi Paklah bukannya ada kuasa ke atas kewangan UMNO, kerana akaun parti itu masih bercelaru, dan penyata terakhirnya masih belum dibentangkan.

Perbendaharaan negara sudah kering kontang. Walaupun ada dana pilihan raya yang telah dikutip sebelum Paklah mengambil alih kuasa - sekitar satu billion banyaknya.

Saya telah diberitahu bahawa wang kutipan itu telah lesap dan tidak sesiapa yang tahu mana lesapnya. Kepintaran Mahathir menggunakan taktik umpan dan rotan berjaya memulas telinga para panglima karut-marut dalam UMNO mengeluarkan apa juga yang diperlukannya.

Kini, Paklah yang menghadapi laluan sukar berdepan dengan segala panglima perang itu terpaksa merayu agar diadakan dana itu. Tekanan yang sama sedang menghantui pemimpin parti komponen BN yang lain.

Sebagai contoh, pemimpin MCA sudah diberitahu oleh masyarakat niaga Cina dan ketua kongsi (kwangtung) mereka, bahawa dana yang mencukupi akan disediakan seandainya MCA dapat meraih lebih banyak kerusi untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, dan menyelesaikan segala masalah yang menghantui masyarakat Cina.

Dengan lain perkataan MCA mesti tunjukkan bukti yang ia benar-benar mengambil kira kepentingan masyarakatnya.

Sebelum BN ditubuhkan dahulu, Perikatan membolehkan setiap parti komponen, Menteri kabinet, Menteri Besar dan setiap pemimpin yang berpengaruh memiliki sumber dana pilihan raya masing-masing.

Setiap kali munculnya pilihan raya, setiap pihak dikenakan tugas memberikan sumbangan tertentu terhadap tabung pilihan raya, menjadikan tabungan dana itu sesuatu yang sihat keadaannya.

Tetapi, tiga dekad yang lalu, ketika BN menggantikan Perikatan, sistem itu telah dimansuhkan semata-mata untuk mematahkan kuasa yang berada di tangan Almarhum Dato' Harun Idris yang turut dikorbankan oleh UMNO.

Stail pemusnahan Dato' Harun telah dicuba ke atas bekas Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tetapi tanpa sebarang kejayaan. Orang yang bertanggungjawab merancang kemusnahan Dato’ Harun ialah Timbalan Presiden UMNO ketika itu, Tun Hussein Onn yang kemudiannya menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Hussein Onn telah memanggil setiap anggota Majlis Tertinggi ke rumah kediamannya untuk meminta mereka mengisytiharkan dana politik mereka.

Dia telah menentukan dengan bijak setiap anggota Majlis Tertinggi itu tidak terserempak dengan anggota lain untuk memberitahu apa yang telah dimintanya.

Jumlah dana politik yang diperolehinya daripada mereka sungguh besar dan lumayan sehingga membolehkan beliau melaburnya di United Kingdom. Kisah itu hanya didedahkannya sekali selepas dia bersara dan menyatakan betapa faedah simpanan itu sudah menjadi begitu lumayan, dan lebih banyak daripada yang diperlukan oleh UMNO untuk mengongkosi Pilihan Raya Umum 1978.

Oleh kerana pergerakan parti komponen BN tidak pernah difikirkan dalam-dalam, tidak ada usaha untuk menyekat perancang kuasa itu, yang kini sudah muncul di dalam rejim Paklah sebagai panglima perang sahaja – kerana mereka sudah mampu mengumpul harta karun sehingga tidak lagi dapat dikawal oleh kerajaan pusat.

Apabila pilihan raya umum menjelang tiba, BN tiba-tiba gelabah mahukan dana untuk mengongkosinya. Berapa banyakkah yang diperlukannya?

Para pegawai BN menganggarkan bahawa sebanyak RM3,000 diperlukan bagi setiap pengundi bagi kawasan Parlimen, dan RM1,500 bagi setiap pengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri.

Semasa berlaku Pilihan Raya Kecil di Pendang dan Anak Bukit pada 2001, BN telah berbelanja RM60 juta untuk kawasan Parlimen dan RM30 juta untuk kerusi dewan negeri.

Kalau terdapat sekitar 40,000 pengundi di setiap kawasan Parlimen, BN memerlukan sejumlah RM120 juta, ataupun sebanyak RM2.5 billion semuanya kalau diambil kira kerusi Dewan Negeri sekali.

BN menyediakan RM500,000 untuk calon kerusi Parlimen dan RM250,000 untuk calon kerusi Dewan Negeri. Jumlah ini beserta perbelanjaan organisasi adalah menepati peraturan yang dibenarkan oleh undang-undang kerana itu adalah perbelanjaan parti politik dan bukannya perbelanjaan calon individu.

Inilah yang menyulitkan kedudukan Paklah. Kerana itu para pemimpin UMNO mengadakan pertemuan dengan peniaga dan orang lain di karaoke, kelab-malam, dan banyak tempat yang lain meminta sumbangan mereka.

Mereka gagal mengumpulkan sumbangan itu. Para panglima perang sudah pandai bermain catur politik dan tidak lagi seghairah dahulu semasa UMNO dipimpin oleh Mahathir.

Sebenarnya dana itu masih ada lagi. Ada seorang Menteri kabinet yang telah membelikan sebuah Mercedes Benz Sports berwarna hitam bernilai RM1.2 juta lengkap dengan nombor kereta tunggal sebagai hadiah hari jadi ke-40 kepada anak perempuannya.

Mampukah dia menunjukkan keghairahan menderma sebanyak itu kepada Paklah sebagai tabung dana pilihan raya? Saya tidak fikir begitu.

Para panglima perang sedang bermain catur untuk meraih kepentingan pertaruhan mereka. Mereka sudah melihat betapa Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak laksana hambatan besar kepada Paklah.

Ada seorang pemimpin PAS, yang tahu sangat akan masalah kewangan UMNO lebih mendalam berbanding ramai pemimpin UMNO yang lain, berkata Paklah tidak perlu menghadapi masalah besar seperti ini kalaulah RM4 billion berbentuk wang royalti Petronas yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan Terengganu telah disimpan sebagai dana pilihan raya.

Sebaliknya UMNO telah membazirkannya. Dalam edisi terakhir Harakah ada disiarkan kisah Ketua Bahagian UMNO Barat, Dato’ Hamzah Zainuddin, yang menyaman akhbar itu kerana kisah politik yang dikatakan mencemarkan nama baiknya.

Dalam edisi yang sama ada disiarkan bagaimana pemimpin UMNO Terengganu, Dato’ Idris Jusoh memainkan peranan besar membazirkan wang royalti itu. -- Terjemahan MT-SPAR (suntingan M@RHAEN); http://marhaen.web1000.com/





___________________________
Terbitan : 24 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)