Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PAS tawan Pahang2004-- realiti kepada angan-angan

Saya tujukan perkara ini kepada pimpinan PAS Pahang khususnya Pesuruhjaya dan Ketua Penerangnya.Saya adalah seorang manusia biasa yang lemah lagi jahil.Namun hati kecil saya selalu mengharapkan kehancuran UMNO dan BN yang telah banyak melakukan dosa terhadap agama dan rakyat yang tidak tertahan lagi dengan secepat mungkin melalui pilihanraya dan mendoakan kemenangan Islam yang gerakkan oleh PAS.

Bila saya membaca Harakah dan Sidang peluang PAS amat cerah,tambahan pula pimpinannya dibarisi oleh gabungan ulama dan profesional.Isu demi isu didedahkan oleh PAS Pahang.Tindakan pantas dengan saluran yang betul dan bijak diatur oleh pimpinan agar semua penyelewengan UMNO didedahkan.Memang rakyat Pahang memang cukup membenci UMNO bahkan ahli UMNO sendiri membenci UMNO.

Dalam kegairahan Pas menyerang UMNO,tahukah pimpinan PAS Pahang,terdapat ahli-ahli PAS dan pimpinan kawasan mengkhianati perjuangan tuan-tuan khususnya yang berlaku di Bentong,Raub,Kuala Lipis,Temerloh.Tuan Guru Nik Aziz menuduh UMNO sebagai yahudi bila menentang Islam,terdapat ahli-ahli PAS menjadi ejen-ejen yahudi dengan menjual barangan yahudi"SHAKLEE" dimarkas-markas.Kuliah,usrah dan lain-lain aktiviti PAS digunakan untuk mancari ahli SHAKLEE.

SHAKLEE diimport dari Amerika.Cukai dan lain-lain sumbangan sudah tentu dibayar kepada kerajaan Amerika.Apa jaminan cukai dari pengeluar SHAKLEE tidak digunakan untuk menghancurkan Islam?Apa yang memilukan khabarnya pimpinan PAS Pahang ramai yang terlibat dalam SHAKLEE.Pimpinan PAS kawasan Bentong,Raub Lipis sudah tidak berminat untuk bergerak menambah ahli PAS tetapi menambah ahliSHAKLEE, tiada lagi kegairahan cerita kehebatan Islam dan PAS tetapi kehebatan SHAKLEE menjadi wirid mereka.Banyak cawangan yang mati,ahli keluar parti,ahli PAS menang judi ekor haram,UMNO sudah boleh ketawakan PAS kerana sudah tiada taring dan banyak bala lagi yang ALLAH timpakan kepada parti PAS.

Saya bimbang, pimpinan PAS Pahang bekerja keras untuk kemenangan tapi dalam masa yang sama membenarkan pimpinan negeri dan kawasan menjadi talibarut dan ejen yahudi,perah wang ahli,peralatkan program parti untuk bantu yahudi.Golongan ini akan menjadi hijab untuk mendapatkan pertolongan ALLAH.Sekadar pertambahan 2 atau 3 kerusi munkin dapat,tapi untuk memerintah jangan mimpilah wahai pimpinan PAS Pahang kerana dihadapan tuan-tuan berlegar ejen yahudi yang berkopiah,berserban dan berjubah .Kami yang bukan ulama boleh berfikir,takkan tuan-tuan pimpinan yang berilmu tak terfikir............

Selamat " berangan" untuk memerintah Pahang Darul Kasino............

Anti hipokrit





___________________________
Terbitan : 12 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)