SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Pemakaian Tudung Menurut "Sisters In Islam (SIS)"Assalamualaikum... Saya adalah antara pengunjung setia laman web www.tranungkite.cjb.net ini, dan daripada front page web itu, saya difahamkan saudara adalah webmaster bg website tersebut. Terlebih dahulu ingin saya ucapkan tahniah kerana mampu mempertahankan website sebegini. Saya bukan lah seorang yg cenderung untuk berpolitik atau menyebelah mana2 pihak. Cuma, sejak akhir2 ini, kekecewaan saya terhadap senario politik semakin teruk. Pada hemat saya, barisan pembangkang tidak mungkin akan dapat menumpaskan kerajaan BN sekarang. Namun begitu, masih ada sedikit harapan jauh di lubuk hati agar, kerajaan BN itu kecundang jua lambat laun. Tujuan utama saya meng'email' ini adalah untuk berkongsi sesuatu dgn pengunjung2 laman web ini. Biarlah saya straight forward shj kerana saya kurang pandai untuk elaborate panjang2 apa lagi untuk mengarang artikel2 sebegini. Beginilah, pada Ahad 18 Januari 2004 baru2 ini, stesen televisyen Channel 4 di UK ini telah menayangkan satu program berupa dokumentari yang bertajuk "Islam...Unveiled" (Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk www.channelfour.com/cultural) Episod pertama program ini mengupas tentang isu pemakaian tudung di kalangan wanita Islam. Rancangan ini telah ditulis, dan disampaikan sendiri oleh seorang wanita presenter Channel Four, Samira Ahmed. Beliau adalah seorang Muslim dan beliau tidak memakai tudung. Rancangan ini telah disampaikan dengan begitu baik sekali tanpa sebarang prejudis terhadap Islam. Rancangan ini telah memaparkan perjalanan Samira merentasi benua melawat negara2 Islam. Bermula dengan paparan komuniti Islam di UK, seterusnya Iran, Turki dan berakhir di Malaysia. Paling menarik perhatian saya adalah ketika beliau berada di Malaysia. Mula2, ditunjukkan mercu tanda - mercu tanda Malaysia seperti KLCC, KLIA, Putrajaya, Menara KL dan pada masa yang sama, suara latar Samira berkata, "Malaysia, a country ruled by Muslim, even though allegedly corupt by most of the voters..." begitulah ungkapan beliau yg masih saya ingat. Kemudian ditunjukkan suasana disko2 di KL dgn jelas menunjukkan org Cina, Melayu dan India (majmuk malaysia) dalam keadaan separa mabuk, menari2 dgn botol arak di tgn. Seterusnya, ditunjukkan suasana kampung, dengan beberapa org makcik, kakak2 bertudung mundar mandir. Samira berkata, "I wonder how they can live up to their happiness without entertainment such as karaoke, disco..etc"...dan tempat yg ditunjukkan itu adalah Kelantan. Dia serba sedikit menghuraikan tentang negeri Kelantan yg diperintah parti PAS yg mengamalkan ajaran Islam. Alangkah terkejutnya saya apabila ada diselitkan sesi temuramah beliau dengan Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan. TG kelihatan tenang menjawab soalan2 yg dikemukakan berkaitan dengan wanita dan pemakaian tudung. (Pelik jugak saya, mengapa tidak ditemuramah sahaja Mufti Wilayah, atau Menteri JPM tu?) Apapun, tahniah buat TG kerana ia merupakan satu pengiktirafan dari luar negara. Namun, bukan ini benda utama yg ingin saya kongsi. Tetapi ada satu lagi sesi interview Samira Ahmed dgn seorang Sisters In Islam (SIS). Dia telah menemuramah Pn Zarina Anwar (Demi Allah, saya ingat2 lupa namanya, tapi saya rasa ada la dekat2 dgn nama Zarina Anwar ini). Saya juba merujuk pada website Sisters In Islam untuk mencari nama dan carta organisasi SIS Malaysia ini. Tetapi tidak jumpa. (rujuk www.sistersinislam.org.my) Langsung tidak ada carta organisasi dan ini membuatkan saya ragu2, siapa mereka sebenarnya. Berbalik kepada temuramah tadi, Pn Zarina ini (mungkin nama sebenar) tidak memakai tudung dan dia telah dengan selambanya memberi respon berikut. "I cannot accept the idea of women who are not covering their hair (aurah) will end up burning in hell". Maknanya, dia tak percaya kalau tak tutup aurat, kena masuk neraka. Dia cakap, wanita kalau bertudung litup tapi tak berdaya maju, berdaya saing, tak ada gunanya. Benar.. tapi apakah boleh dia mengatakan tak tutup rambut itu belum tentu masuk neraka? Please la... dari segi hukum, saya tak berani nak komen. Tapi, itulah pendirian Sisters In Islam agaknyer. Tolong lah buat pendedahan sedikit...siapa Sisters In Islam ni, apa yg diorang buat, dari mana diorang dapat duit, sapa penganjur... Dari maklumat lisan yg saya terima dari rakan2 di Malaysia, SIS ini adalah golongan anti-hadis. Ada jugak yg mengatakan SIS ini hanya bermotifkan duit dengan melibatkan nama2 penting, Datin2 dan VIP dlm kempen mereka. Saya harap..tuan webmaster dapat la menghebahkan perkara ini. Sangat memalukan bagi negara yg diisytihar Islam oleh mantan PM Tun dengan adanya satu organisasi atas nama Islam, membuat kenyataan sebegini kepada wartawan asing dan ditonton oleh penonton luar. Seolah2, kenyataannya itu mewakili semua kaum wanita di Malaysia yg Islam. Bukankah penggunaan nama Islam dalam SIS ini lebih keji jika dibandingkan dgn PAS yg dimomok-momokkan oleh kerajaan sebagai parti yg bersandarkan pada nama Islam untuk menarik pengundi? Kenyataan Pn Zarina Anwar (mungkin nama sebenar) itu sesungguhnya bagi saya adalah satu penghinaan terhadap agama Islam... Itu sahaja yg ingin saya kongsi. Hebahkan la kepada website2 lain seperti Laman Marh@en dan sbgnya. Reformasi! Reformasi! Reformasi!___________________________ Terbitan : 26 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |