Sdr Pengarang
Assalamualaikum wbt
Saya berpeluang untuk memasuki Ummahonline beberapa hari yang sudah untuk melihat pandangan mereka berkenaan dengan Al Mahdi. Saya telah turut membaca beberapa tulisan dalam web tersebut.
Sesungguhnya pengarang dan webmasternya adalah terlalu kerdil dibandingkan dengan Tuan Guru. Beberapa tulisan terlalu remeh dan tidak tepat. Wajarlah Tuan Guru tidak melayan mereka sedemikian.
Percaya kepada al Mahdi menurut syiah adalah tidak tepat kerana ia mengkhususkan kepada orang tertentu. Ahli syiah terkenal dengan hadis-hadis palsu dan mereka juga sering menghina dan memperkecilkan para sahabat. (Fahaman syiah ini boleh dirujuk kepada Ust Asri Yusof di Kubang Kerian atau Dr Asri Zainul Abidin di USM).
Al mahdi menurut syiah datangnya dari keturunan Al Hussein bukannya al Hassan dan merupakan Imam mereka yang ke 12. Imam ini ghaib ketika itu. Kalau kita perhatikan keadaan ini tanpa disokong oleh hadis yang sahih, sudah tentulah fahaman ini satu level dengan ajaran sesat yang banyak kedapatan di alam melayu ini.
Kalaulah al Mahdi sudah wujud, maka dia pastilah berdosa kerana tidak muncul dalam keadaan ummah memerlukan pimpinannya, membiarkan ummah terhina, membiarkan murtad berleluasa dsb.
Perlu diingatkan, kumpulan yang berjuang menuggu kelahiran Al Mahdi kebanyakkannya aadalah ajaran sesat seperti yang telah dibuktikan oleh sejarah. Kenapa kita sibuk menetapkan siapa al Mahdi dan mahu mengikutnya sedangkan tidak mahu mengikuti datuk nenek almahdi yang dijamin bersih dari dosa iaitu Rasulullah SAW.
Satu lagi tulisan dalam ummah online, termasuk editorialnya iaitu tentang perbandingan agama adalah amat songsang sekali. Mengucapkan Krismas pada hari natal dan menggalakkan ummat Islam merayakan hari kelahiran Nabi Isa itu sebenarnya cadangan yang menyesatkan. Cadangan ini diluahkan oleh golongan Islamik Liberal di Indonesia dan diucapkan oleh Gus dur semasa perayaan hari natal bersama semasa dia sebagai presiden Indonesia dahulu. Mungkin ummah online satu kategori dengan Gus Dur. Perayaan hari natal adalah satu penyelengan dari ajaran Isa AS. Isa bukannya lahir pada hari krismas. Hari krismas mula dirayakan 300 tahun selepas kematian Isa AS pada zaman Rom. Tiada sebarang catatan sejarah atau hadis atau ayat bible yang mengatakan Isa dilahirkan 25 Disember. Mungkin itu adalah hari kelahiran seorang tua yang berjanggut yang menggunakan rusa boleh terbang itu! Catatan Bible menyatakan Isa lahir 4 tahun sebelum masehi (sedangkan tarikh masehi sendiri dikatakan sempena kelahiran Isa AS.)
Konsep penyelamat akhir zaman menurut agama Kristian, Buddha, hindu, majusi dan lainya itu adalah merujuk kepada kelahiran Muhammad SAW bukannya Al Mahdi. Teori kedatangan agama tersebut mencadangkan bahawa agama itu kemungkinan dipimpin oleh rasul-rasul terdahulu di awalnya kemudian diselewengkan oleh tokoh agama mereka. Dan agama itu datang sebelum Rasulullah SAW. Kerana itu penyelamat akhir zaman yang dinyatakan dalam agama tersebut adalah merujuk kepada Muhammad SAW bukannya al Mahdi. Sungguh melucukan Kristian, hindu dan sebagainya itu mahu beriman kepada Al Mahdi sedangkan tidak beriman kepada Rasulullah SAW.
Sekian
Azzam Abbas
......................................................................
Webmaster : Kami telah tutup isu ini.
___________________________
Terbitan : 20 Januari 2004
Ke atas
Home