SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Osama seru umat Islam terus berjihad di Iraq, Asia BaratSatu rakaman audio yang dipercayai suara pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden menyeru umat Islam supaya meneruskan jihad di Iraq dan Asia Barat. Suara mirip Osama itu turut membidas usaha-usaha damai di Asia Barat. Rakaman yang disiarkan oleh stesen Al-Jazeera itu meminta umat Islam meneruskan jihad dan mengkaji konspirasi yang dirancang ke atas negara-negara Islam. Sambil merujuk kepada penangkapan bekas Presiden Saddam Hussein, suara itu menyebut bahawa perang yang diketuai Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq merupakan satu permulaan kepada penjajahan di negara-negara Teluk bagi mendominasi kekayaan minyak. ``Mesej saya kepada anda semua ialah bersatu menentang konspirasi, khususnya pencerobohan di Baghdad atas alasan senjata pemusnah besar-besaran dan juga situasi di Baitulmaqdis di bawah penipuan pelan damai dan inisiatif Geneva,'' kata suara itu. Satu pelan damai Asia Barat yang dikenali sebagai Perjanjian Geneva dilancarkan pada 1 Disember lalu oleh perunding-perunding Israel dan Palestin. Kenyataan pelan damai itu dirujuk kepada rancangan yang disokong oleh AS berhubung pembentukan sebuah negara Palestin menjelang tahun 2005. Kesahihan rakaman audio itu tidak dapat disahkan dengan segera walaupun suara tersebut mirip suara Osama. Ketua Pengarang Al-Jazeera, Ibrahim Hilal memberitahu bahawa rangkaian itu menerima mesej tersebut semalam. Bagaimanapun, beliau enggan memberitahu bagaimana pihaknya menerima pita rakaman berkenaan. - AP___________________________ Terbitan : 6 Januari 2004
Diterbitkan oleh : |