Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

GAB GEMPUR 2 NEGERI SERENTAK !

Memandangkan sambutan orang ramai yang begitu memberansangkan minggu ini seketeriat Gerakan Anwar Bebas (GAB) akan menggempur dua negeri serentak.

Aktivis reformasi di Perak dan Negeri Sembilan telah bersiap sedia untuk melancarkan Gerakan Anwar Bebas Peringkat Negeri masing-masing

24 Januari 2004 jam 9.00 malam bertempat di Pejabat keADILan Permatang, Pelanduk Pasir Salak akan diadakan Rapat Umum Pelancaran Gerakan Anwar Bebas Peringkat Negeri Perak. Manakala esoknya 25 Januari 2004 jam 8.30 pagi akan dilepaskan konvoi GAB Jelajah Perak.

Serentak dengan itu (25 Januari 2004) jam 9.00 pagi akan dilepaskan Konvoi GAB Jelajah Negeri Sembilan yang akan bermula di Bilik Gerakan keADILan DUN Senawang, No.10, Kg. Baru Rahang, Seremban dan pada malamnya pula akan diadakan Rapat Umum Pelancaran Gerakan Anwar Bebas Peringkat Negeri Sembilan di tempat yang sama. Bagi penduduk Negeri Sembilan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai konvoi dan pelancaran di Negeri Sembilan boleh menghubungi wakil seketeriat di sana, Sdr. Marvin 0126657329

Semua penyokong dan aktivis reformasi di kawasan setempat digesa untuk turut sama dalam program tersebut. Kedua - dua program pelancaran di Perak dan Negeri Sembilan akan dihadiri oleh kepimpinan tertinggi parti politik dan NGO termasuk Ezam Mohd Nor.

Seorang jurucakap Seketeriat GAB ketika dihubungi menyatakan konvoi untuk menyebarkan risalah dan rapat umum pelancaran ini bertujuan untuk memberikan kesedaran rakyat mengenai kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional.

"Anwar merupakan simbol perjuangan rakyat. Pembebasan Anwar merupakan kejayaan rakyat dalam menentang rasuah, salahguna kuasa dan kejayaan menumbangkan sistem pemerintahan yang rosak dan menindas" katanya.

Mengulas mengenai gangguan polis dalam program sebelum ini beliau menegaskan yang sebenarnya pihak polis sendiri dalam keadaan serba salah.

"Kita tahu polis sendiri serba salah. Arahan terus dari Abdullah supaya menghalang semua program GAB kerana dia takut dan tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan isu kritikal seperti isu Anwar. Biasalah apabila regim penguasa tertekan polis akan diperkudakan."

"Kita jamin akan kerjasama sepenuhnya dengan polis, contohnya dua petugas GAB yang ditahan semasa Pelancaran di Selangor (Dewan Hockien, Klang) akhirnya terpaksa dilepaskan oleh polis di tempat kejadian juga kerana kita memberikan semua kerjasama, keadaan terkawal dan polis tidak punya alasan untuk menahan sesiapa" tambahnya.

Kemuncak program ini ialah Perhimpunan Rakyat GAB (sempena 100 hari PM ke 5) pada 6 Febuari 2004 3.00 petang dihadapan Suhakam,Kuala Lumpur dan Perhimpunan 100 ribu rakyat GAB pada 14 Febuari 2004 di Cherok To' Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

WWW.BLACK14.NET





___________________________
Terbitan : 26 Januari 2004

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah IT, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com

Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap DPPKD
(Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun, Terengganu)